Upacara Pembukaan SEA Games KL2017

IMG_9021

Pada 19 Ogos 2017, saya ke Stadium Bukit Jalil untuk Upacara Pembukaan Sukan SEA Edisi ke-29. Edisi yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur, Malaysia. Negara kita. Pagi dan hari yang sedikit “rush”. Paginya menguruskan Afina, tengahari pula ambil Mak dan Abah di KL Sentral untuk bawa ke kenduri Adik kepada Adik Ipar (Besan Mak dan Bapa saya). Selepas kenduri, terus saya, isteri dan anak-anak ke Stadium. Pada masa itu sudah jam 3.30 petang.

Saya letak kereta di Terminal Bas Selatan (TBS) – susah betul nak dapat parkir – dan menaiki LRT Rapid KL dari TBS ke Stesyen Stadium Bukil Jalil. Alhamdulillah sampai juga.

Sesampainya saya di sana, saya terus beli tiket pulang nanti. Saya memang menjangkakan akan berlaku kesesakan semasa pulang. Sebaik saya selesai beli, saya pergi cari isteri dan anak-anak. Mereka rupanya dah beli “headband” tertulis Malaysia. Saya dan anak-anak pakai dan pergi mencari pintu masuk stadium.

Semasa dalam perjalanan ke Entrance E, saya dipanggil oleh seorang juru kamera (saya tidak tahu dari mana). Dia mahu mengambil gambar kami. Isteri saya meluru ke depan kerana tak mahu bergambar. Saya dan tiga orang anak ambil gambar dan usai sesi itu saya pun berlalu.

Tak sangka, dalam surat khabar (facebook post) ada gambar kami pada petang itu juga semasa kami menyaksikan upacara pembukaan. Malu.

OK. Seperti biasa jika ada upacara pembukaan sukan besar, saya akan berikan ulasan dan komen. Bagi SEA Games Kuala Lumpur 2017 ini saya ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

1. Yay
a. LED light Stand
Bagi saya paling superb dalam upacara ini ialah penggunaan maksimum LED Light Stand di tempat duduk penonton di stadium. Saya suka semasa countdown dan juga semasa semasa kemasukan atlit dimana LED menjadi banner setiap kontigen. Jika semasa KL98 Sukan Komenwel dahulu, kita menggunakan Flash Card. Pada kali ini kita menggunakan LED sebagaimana terinsipasi dengan pembukaan London 2012.

b. Torch Lighting
Saya suka dengan nyalaan obor kena tidak seperti kebiasaa, obor akan mengelilingi stadium melalui laluan track tetapi pada kali ini penganjur membuat larian secara rawak dengan secara pair dua generasi sukan. Selain itu kawah obor juga secara kejutan dikeluarkan dari pentas dan ini adalah elemen “superise” dan kemuncak yang bagus. Ia disimpan sepanjang ucapara dan hanya keluar semasa nyalaan hendak dibuat. Saya rasa ia merupakan “moment of truth” upacara pembukaan ini dan ia berjaya dilaksanakan dengan baik.

c. Drum Performance/Drone Performance
Dalam kebanyakan persembahan kebudayaan yang dibuat, saya hanya menggemari segmen paluan gendang pelbagai kaum yang disatukan dengan harmonis. Ia sangat dibantu dengan projektor lantai dan LED Light di kerusi penonton untuk memeriahkan stadium.

Selain daripada itu, saya juga gemarkan penggunaan drone dalam persembahan pembukaan. Saya rasa ia konsep yang pernah saya sarankan kepada Menteri Belia dan Sukan dalam Media Sosialnya. Saya juga rasa, elemen drone dalam persembahan skala ini memang sukar kerana perlukan cuaca yang baik. Saya rasa upacara pembukaan KL 2017 ini julung-julung kali menggunakan drone.

d. Muzik
Saya sukakan gubahan muzik yang dibuat oleh Abray Suwito dalam keseluruhan majlis pembukaan ini. Ia tidak terlalu tradisional tetapi lebih fusion dan ada kalanya menyuntik elemen klasikal. Muzik kemasukan atlit juga lebih meriah dan up beat. Saya rasa masa untuk menggunakan brass band sudah berlalu. Lagu dengan tenpo pantas dan moden/terkini lebih sesuai pada masa sekarang.

e. Lighting
Pencahayaan stadium sangat baik. tidak terlalu gelap bagi segmen-segmen perlukan dim cahaya.

2. Nay
a. Dancer
Saya rasa sejak Malaysia menjadi tuan rumah multi sukan, jarang kita memperuntukan penarai yang rama atau pada skala yang besar bagi sesuatu persembahan. Semasa KL 2017 ini pun sama. kemudiannya pakaian yang dipersembahkan terlalu caca merba dan tidak seragam malah tidak kreatif.

Saya suka kalau dikir barat dibuat secara beramai-ramai dalam kelompuk seramai 2 ribu orang atas padang dan mereka pula memakai pakaian yang seragam dan dengan rekaan khas. Semasa KL98, kita ada buat dikir barat tetapi kecil bilangannya.

b. Projector Usage
Sayang sekali penggunaan projektor dilantai utama padang KL2017 ini sudah cantik tetapi tidak begitu kreatif. Kecuali penggunaan semasa kapal belayar sahaja. Paling berkecamuk semasa paparan Mandala bergerak dengan warna terang dan diatasnya para penari bergerak. Sama juga semasa papasan latar belantara dengan orang asli. Ia tidak jive antara penari dan paparan.

c. Firework
Bunga api tidak begitu meriah bagi saya. phyro tekniknya agak terhad. Lebih banyak pancaran dan letupan dalam stadium berbanding luar stadium.

c. Short Time
Upacara pembukaan terlalu sekejap dan ringkas. Saya kita orang akan kata simple and sweet, tetapi saya faham akan kekangan masa yang diarahkan dengan keberangkatan YDPA. Pun begitu ia boleh diisi dengan lebih banyak kreatif performance seperti warisan-warisan klasikal yang jarang dipameran seperti joget gamelan dan menora.

Tinggalkan komen