Cemerlang

majlis-apc-2016-agc_32920634814_o

  1. Hari ini dengan takdir-Nya, rasmilah saya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 di Jabatan baharu ini. Alhamdulillah, hampir tiga tahun di sini, saya telah mendapat anugerah ini. Bukan berbangga diri tetapi ia merupakan tanda rasa syukur kerana nikmat dan rezeki ini diberikan oleh-Nya walaupun saya masih baru sahaja menjejak kaki di sini.
  2. Saya secara personal memang tidak pernah menyangka akan penerimaan ini. Saya mula menjejakkan kaki di Jabatan baharu ini pada Ogos 2014 atas kenaikan pangkat. Sejarah kenaikan pangkat saya ini memang tragis kerana saya merupakan insan-insan tertinggal dari kenaikan pangkat hampir 4 tahun berbanding rakan lain yang sama batch dengan saya.
  3. Tapi tak mengapalah, lewat atau cepat, kehadiran saya di Jabatan baharu saya dokong dengan usaha tanpa jemu khususnya mengenali perkhidmatan teras Jabatan ini. Dalam tempoh 2014 hingga 2015, ketua/penyelia saya bertukar silih ganti. Dari yang berpencen kepada rombakan organisasi menyebabkan seksyen saya berpindah Bahagian. Namun, kerja tetap diteruskan untuk Jabatan.
  4. Saya juga telah mendapat Penyelia Baharu selepas Penyelia lama saya yang juga masih baharu telah dipindahkan kerana tidak serasi dengan Ketua Bahagian saya. Saya dinilai oleh dia.
  5. Saya tahu bahawa penyelia saya memang meletakkan markah yang tinggi buat saya tetapi rakan saya ada memaklumkan kepada saya bahawa Ketua saya menurunkan markah penyelia saya dengan agak banyak. Saya redha sahaja.
  6. Saya tidak menaruh harapan atau apa sahaja dengan APC atau apa apa anugerah kerana saya tahu bukan rezeki saya.
  7. Tetapi titiba Penyelia baharu saya mengucapkan Tahniah pada suatu hari yang tanpa saya duga. Katanya saya mendapat APC. Saya seperti tidak percaya tetapi itulah namanya rezeki. Setelah rasa redha itu diberikan, maka Dia balas dengan ketidaksangkaan. Itu manisnya rezeki Allah.
  8. Selain Dia Yang Mahas Kuasa, saya tidak akan lupakan bahawa kejayaan saya ini tidakkan terwujud dengan inspirasi saya sejak kecil lagi.
  9. Inspirasi saya haruslah datang daripada Ibu dan bapa saya. Ibu saya mengajar saya tentang ketekutan dan usaha tanpa berbelah bagi dalam kerja. Enjoy dengan kerja. Untuk enjoy kita harus menggali segenap pengetahuan berkenaan kerja kita.
  10. Bapa saya pula adalah insan yang mengajar saya sebagai seorang yang “Wiser”. Good Decision Maker dan Pemerhati dan Pendengar yang tajam. Pembacaan adalah kunci utamanya.
  11. Kesemua elemen kejayaan seorang anak perlu dari restu orang tuanya.
  12. Saya tidak tinggalkan kejayaan ini juga tanpa isteri dan anak-anak saya. Terima kasih isteri saya kerana sentiasa bercerita tentang tempat kerjanya. Di situ saya mengerti isu dan mempelajari tentang pengurusan staf dan memperbaikinya.
  13. Anak-anak saya juga, mereka sentiasa menjadi ruang saya bergembira kala saya dalam ruang kesedihan lantaran perkara-perkara pejabat.
  14. Dimesni saya dikelilingi insan-insan yang amat menyokong kejayaan saya. Justeru, saya amat bersyukur kehadrat-Nya atas limpah kurnia-Nya tanpa berbelah bagi. Mungkin cabaran dan dugaan melewatai denai saya tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran inilah yang menjadi hasilnya.
  15. Syukur, Alhamdulillah.

Tinggalkan komen