Hati Berbunga

1. Ok. Ini cerita pergi mendobi. Sepanjang minggu ini, memang malas sangat nak basuh baju. Jadinya, penuh berbaldi baju nak dibasuh hujung minggu.

2. Tapi kalau nak basuh di rumah tunggu kering dan nak basuh sekali harung memanglah lambat.

3. Jadi kita ke Coin Laundry. Kali pertama cuba. Macam perak pun ada. Saja pergi awal pagi sebab mengharap orang tak ada.

4. Tak ada maknanya. Ada orang juga. Saje lengah-lengah sambil tengok orang buat.

5. Masa nak masukkan baju dalam mesin basuh tu, punyalah baik sebab ambil sehelai-sehelai masukkan. Eloklah sebabnya dengan anak-anak punya baju merata-rata ada benda. Ada getahlah, ada mainan dalam poket, ada penlah, memacamlah.

6. Poket si Amani, ada sepit rambut dengan bunga Daisy besar warna hitam pun ada. Kalau biar dalam mesin akan rosak sepitnya. Saya simpan dan klip di leher singlet saya.

7. Selesai muat semua baju. Kena masukkan sabun dan pilih suhu air. Lepas itu, pergi tukar duit syiling di mesin. Harga dalam RM4.00 untuk 9kg dan RM6.00 untuk 14kg.

8. Sesambil itu rasa bangga sebab dah selesai dan berjaya buat walaupun first time.

9. Disebabkan kena tunggu dalam 20 minit, saya pergi cari sarapan pagi kedai berdekatan. Beli roti canai. Sambil tu minum dulu. Dah dapat semua, balik ke kedai dobi dan pindahkan semua baju ke dryer pulak.

10. Dalam fikiran kalau ada dryer kat rumah memang mantap. Sementara kering saya balik ke rumah sebab ada 24 minit dan bolehlah anak isteri makan roti canai.

11. Sampai rumah, bila nak bagi roti canai pada anak, anak tanya “papa, itu saya punya sepit rambut”

Dang.

12. Saya pakai sepanjang jalan dengan bunga di leher baju .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s