Hujan

Photo by annfrau

Semasa solat Jumaat tadi, angin berhembus kuat diiringi dengan hujan yang sangat lebat.

Usai Solat Jumaat, semua jemaah berpusu-pusu turun mahu melihat selebat mana hujan yang turun. Semua berkira-kira sama ada mahu redah atau tidak untuk sampai ke kenderaan masing-masing.

Ada yang tunggu ada pula yang tanpa sempat, terus berlari ke kenderaan masing-masing dan dibasahi hujan.

Di kepala saya pula memikirkan ada mesyuarat menanti. Terfikir mahu redah atau tidak. Saya tunggu. Tunggu seperti ada kebanyakan yang lain. Tapi jiwa sangat tidak tenteram kerana, sempatkah sampai pada waktunya.

Alhamdulillah, dengan menenangkan diri, dan dalam masa yang sama, hujan pun reda. Saya berjalan ke kereta tanpa basah dan mesyuarat saya dapat hadir dengan baju kering.

Saya mengamati diri dengan peristiwa ini. Kadang kala sesuatu yang kita hajati memang ada halangannya. Kita tidak tahu berapa lama kita akan tempoh halangan tersebut tetapi Allah tahu berapa lama kita patut laluinya demi kebaikan kita. Alhamdulillah. Itulah yang dinamakan rezeki.

Tinggalkan komen