TPPA

15552765067_324d59763e

Picture by: Hickey/Scott

  1. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya pasti tidak boleh lari dengan perasaan takut jika negara saya menjadi porak poranda dan dalam keadaan huru-hara.
  2. Mungkin dengan keselesaan yang ada sekarang, kesyukuran itu boleh saya panjatkan kerap kali pasca bertemu denganNya. Pun begitu, jaminan keselesaan itu bukanlah satu yang teguh jika kita tidak mampu mempertahankannya.
  3. Mutakhir ini, Malaysia sudah dibayangi dengan perkara yang menjadi kegusaran rakyatnya malah sebilangan rakyat negara-negara yang dijemput menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) juga ada yang protes dengan TPPA.
  4. Saya bukanlah seorang sarjana politik atau ekonomi tetapi saya tidak dijelaskan sepenuhnya akan kepentingan TPPA kepada negara oleh Kerajaan.
  5. Sejak timbulnya TPPA, kerajaan tidak menyatakan pendirian yang jelas kehendak mereka. Jika zaman Tun Dr. Mahathir dahulu, sesuatu perkara itu dijelaskan sama ada mahu buat atau tidak dan jika mahu dilaksanakan, tindakan dan penjelasan diberikan.
  6. Berbanding TPPA, rakyat diberi makluman bahawa, TPPA merupakan perjanjian yang dirunding terlebih dahulu. Malah TPPA juga akan ditandatangani jika rakyat (parlimen) meluluskannya. Malah, jika telah diluluskan, dan ditandatangani, Malaysia boleh menarik diri dalam masa enam (6) bulan.
  7. Jadi apakah pendirian kerajaan sebenarnya? Mahu menandatangi atau tidak. jika kerajaan merasakan ia merupakan perjanian yang baik. Kerajaan hanya ‘just do it’ dan tidak perlu berdolak dalih dengan mengatakan perjanjian ini hanya ditandatangani dengan ‘kelulusan’ rakyat. Jika boleh keluar dari perjanjian ini selepas ditandatangani selepas 6 bulan, jadi apa guna ditandatangani dan mendapatkan kelulusan parlimen.
  8. Sila nyatakan pendirian jelas berkenaan TPPA ini sama ada mahu tanda tangan atau tidak dan jika mahu, sila beri penjelasan kebaikan dan perancangan yag akan dilakukan selepas itu.
  9. Pun begitu, bila melihatkan bacaan-bacaan dan pandangan negara yang dijemput, saya juga merasa gusar. Apakah dengan cara ini, Malaysia sudah menjadi ‘alliance’ dengan Amerika. Apakah kita akan terkeluar dari negara-negara berkecuali?
  10. Apakah TPPA nanti akan mengubah negara dari Undang-Undang sedia ada kepada Undang-Undang berpaksikan Amerika sebagaimana hilangnya Undang-Undang Syariah pada zaman dahulu kepada Undang-Undang Sivil sekarang.
  11. Apakah Law Of Malaysia kelak mengguna pakai Undang-Undang perjanjian ini (walaupun ini agak ekstream, tetapi saya gusar ia boleh berlaku).
  12. Saya mungkin tidak mengetahui treaties yang akan dipersetujui tetapi saya berpandangan TPPA akan mengembangkan pelbagai treaties lain antara Malaysia dan Amerika seperti perkongsian maklumat yang mungkin membuka kepada isu keselamatan negara tanpa disedari.
  13. Seperkara lagi, TPPA hanyalah perjanjian yang mahu menguasai laluan Pasifik khususnya Laut China Selatan. Sepertinya Selat Melaka kala zaman Empayar Melaka, apakah perebutan kuasa besar akan berulang. Jika kita tidak mempelajari sejarah, apakah ia akan berulang lagi?

“If we do not learn from the mistakes of history, we are doomed to repeat them.”

Tinggalkan komen