Open House

1. Anak saya beritahu saya, kawan dia buat open house. Jadi dia ajak kami sekeluarga. Kata dia, kawannya menjemput jam 10 pagi.

2. Bila jam 10 dia sudah gelisah. Saya kata biarlah orang lain pergi dulu. Kita pergi tengahari sedikit. Bila dia minta pergi juga sebab kawannya dah berjanji dengan dia, jadi kami bertolak dalam jam 11 ke BBB.

3. Sampai di kawasan rumah kawan dia dalam 11++. Tapi tiada orang ramai pun ke open house. kami bingung sebab katanya open house. Kami dah jadi malu.

4. Kami pun masuk, rupanya parents kawan anak saya kata, anak dia beritahu, kawan dan parents dia nak datang pukul 10. Kami hehehehe sahaja. Pandainya anak saya mengatur “open house” kawan dia.

5. Balik selepas itu saya tanya dia, kenapa buat macam tu. Dia hanya jawab “Oh, I so embarras” sambil menutup muka.

Cheh.

1 thoughts on “Open House

Tinggalkan komen