>Kyoto – Hari 4

>

Kinkakuji, Kyoto, originally uploaded by hairieusoff.

1. Pagi-pagi, kami sudah keluar. Ada ramai orang putih di hostel sejak semalam. Mereka merupakan grup koir dari Perancis. Banyak kali HE “Bonjour Bonjour” dengan mereka ini.

2. Kami menaiki bas ke destinasi pertama. Sebuah lagi tapak warisan dunia iaitu Kinkakuji atau Pavilion Emas. Ia berdekatan dengan Hostel kami.

3. Ke Kinkakuji sangat indah kerana selain bangunan Kinkakuji yang bersinar-sinar kerana panahan kemilau mentari, daun-daun maple sudah mula kemerah-merahan.

4. Pun begitu, Adia sudah mula mengeluh kerana kepenatan yang dikendong sejak semalam. Lantas dimohon berhenti sambil meminta untuk merasai aiskrim/softcream berperisa Matcha (teh Jepun). HE dan isteri merasai Dango dengan sos bijan hitam dan taburan emas. Dango merupakan kuih dari pulut dengan sos manis. Di Kyoto keistimewaan mereka ialah Matcha maka Dango mereka juga dari Matcha.

5. Selepas ke Kinkakuji, kami ke kedai sushi berdekatan. Dan kemudian berjalan lagi ke sebuah kuil terkemuka kerana laman Zen iaitu Ryoan-ji.

Dango, originally uploaded by hairieusoff.

6. Dari situ kami ke Arashiyama yang merupakan tempat wajib untuk melihat keindahan daun kemrah-merahan atau jepun memanggilnya Kouyou (紅葉).

7. Malangnya beberapa minit kami di sana, hujan mulai turun dan kami membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan menjelajah kawasan Arashiyama.

8. Di situ kami berkesempatan pergi ke “Foot Spa“. Merendam kaki yang penat memang melegakan. Spa kaki itu bukan di tempat mewah. Hanya di stesen keretapi.

9. Selesai merehatkan kaki. Kami terus pulang dengan bas ke hostel.

Foot Spa, originally uploaded by hairieusoff.

10. Sesuatu yang menarik di Jepun adalah aprisiasi terhadap alam mereka terlalu tinggi. Jika kita di Malaysia untuk melihat hutan bukan sesuatu yang lumrah tetapi orang-orang Jepun yang mempunyai sifat penghargaan terhadap alam yang tinggi maka walaupun sekadar rumpunan buluh, orang Jepun boleh bersiar-siar dengan lama untuk menyaksikan rinbunannya. Kita?

2 thoughts on “>Kyoto – Hari 4

  1. >bercakap tentang apresiasi terhadap alam, saya suka mencadangkan agar HE cuba ke taman Chinzan-so atau New Otani Hotel atau kawasan taman Ninomaru di Imperial Palace di Tokyo. Dalam kesibukan metropolitan Tokyo pun masih ada kawasan hijau yang begitu redup dan menenangkan, seolah-olah jauh dari keriuhan kota walaupun sebenarnya terletak di tengah-tengah Tokyo (terutamanya Chinzan-so)

Tinggalkan Jawapan kepada a.z. haida Batal balasan