>

Kiyomizudera-Veranda, originally uploaded by hairieusoff.

 

1. Setelah berpenat-penat di Universal Studio di Osaka, kami ke Kyoto pada hari ketiga. Pagi-pagi selepas subuh dan mengemas-ngemas barang untuk dipos khususnya cenderamata, kami keluar dari hostel di Shin Osaka.

2. Teman HE dan keluarga telah menunggu di Kyoto untuk mengambil kami dan membawa ke sebuah tempat bernama Kiyomizudera yang bermaksud (Kuil Air Asli). Ia merupakan salah satu tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO. Keunikannya kerana kuil ini mempunyai serambi yang dibina tanpa sebatang paku pun.

3. Asalnya rencana HE akan ke sebuah lagi kuil terkemuka bernama Inari di Fushimi. Ia terkenal dengan gerbang berwarna jingga tersusun panjang. Namun, oleh kerana anak-anak sudah kepenatan sejak semalam, HE batalkan rancangan itu.

Kiyomizudera-Pagoda, originally uploaded by hairieusoff.

 

4. Semasa di Kiyomizudera, Adia sangat gembira kerana dapat bermain dengan Anjeli, anak teman HE. Dia teruja kerana dia mampu bercakap dengan bahasa yang difahami rakannya.

5. Selepas kepenatan mendaki kawasan kuil itu, kami terus daftar masuk ke Hostel Utano di Kyoto. Hostel itu sengaja dipilih kerana ia diiktiraf Hostel yang terbaik gi Jepun.

6. Lamannya yang luas, menjadikan ruang permainan Adia dan Anjeli. Malah Arisa dan Keertana juga sangat teruja berlari-lari di laman yang luas. Maklum sahaja, di Jepun laman agak terhad.

7. Malam itu, kami hanya berehat-rehat dibilik dan menikmati mandian air panas.

8. Semasa bersama-rakan kami yang tinggal di Kyoto ini, kami dijamu dengan makanan Vegetarian. Rasa betapa sihatnya makan sebagai vegeterian. Walaupun ada sausage dan nugget tetapi semuanya asas sayur-sayuran. Apakah kita tidak mampu hidup sebegitu sedangkan ada yang mampu hidup sebegitu.