Mahkota: #ripmumo

picture courtesy Cholo Ayuyao

picture courtesy Cholo Ayuyao

1. Selepas menonton Miss Universe Malaysia edisi 2015 semalam, saya boleh katakan dari segi persembahan sudah upgrade dan boleh ditingkatkan kepada acara besar. Ucapan tahniah. Pun begitu dari segi keputusan, saya masih rasa Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) masih berada di takuk lama.

2. Saya merupakan pageant lover sejak muda. Pengaruh saya bermula dari rakan serumah saya semasa bujangan dulu. Dia orang Sabah dan mungkin di Sabah saban tahun ada Unduk Ngadau atau pencarian gadis jelita semasa pesta menuai, Pesta Kaamatan, jadi pageantry event seperti Miss universe dan Miss World sudah sebati dengan dia.

3. Kembali kepada Miss Universe Malaysia 2015, saya rasa pengarah baharu Carey Ng dan pemegang lesen cuba kembali kepada trend lama kononnya wakil Malaysia perlu bijak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

4. Sejak tahun 2010, apabila pengarah baharu MUMO pada ketika itu, Andrea Fonseka mentransformasikan penghantaran wakil Malaysia, fokus telah diberikan kepada penampilan dan potensi untuk ditransformasikan.

5. Pada tahun 2011, apabila Deborah Henry dipilih mewakili Malaysia, nama Malaysia sudah ada dalam kalangan pesaing dan menjadi sebutan pageant lover seluruh dunia.

6. Malangnya, pemilihan pada tahun 2015 ini, menampakkan downgrade pada skema penilaiannya.

7. Saya nampak, Carey Ng dan pemegang lesen mengutamakan MUMO sebagai perniagaan daripada mencari wakil yang berwibawa.

8. Jika mereka memfokuskan wakil Malaysia, maka mereka akan mengurangkan proses transformasi fizikal wakil yang dipilih. Sebaliknya, jika mereka melihat dan menjuruskan acara ini kepada perniagaan, maka mereka akan menggunakan wakil yang dipilih menjadi duta kepada penaja-penaja MUMO.

9. Malah saya melihat, MUMO tidak belajar dari kehendak Miss Universe Organisation (MUO) berdasarkan pemenang-pemenang terkini. Kita tidak boleh melihat Miss Universe sebagaimana dianjurkan sebelum Donald Trump mengambil alih MUO.

10. Apa yang saya lihat, pemilihan pada kali ini adalah kriteria penilaian berdasarkan Miss Universe zaman kuno. Dan hasilnya peserta yang standout seperti Kelly Jagan dinafikan mahkotanya. #kellyjaganwasrobbed

11. MUMO khususnya Carey Ng mengunakan sahabatnya seperti Whulandary sebagai juri jemputan untuk mengaburi pengemar pertandingan Miss Universe Malaysia bagi mencipta pemenang dan menjadi calon wakil Malaysia yang telah dirasakan berpotesi untuk perniagaan MUMO. Calon yang sudah dipilih sedari awal. Ini adalah handpick. Jika mahu handpick, saya rasa tidak perlu MUMO beria-ia menganjurkan pertandingan ini.

12. Saya teringat kisah lakonan Sandra Bullock dalam Miss Congeniality. Saya rasa perlu ada siasatan dalaman organisasi itu. kah kah kah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s