1. Seawal pagi 3 April 2015 yang lalu, saya menerima panggilan telefon dari bonda. Macam ada tak kena. Saya ketika itu sedang mengadakan perbincangan di pejabat.
  2. Saya membuat panggilan semula. Bonda mengakat telefon sambil teresak-esak. Kata dia Makcik saya sudah tiada.
  3. Padahal sepuluh hari sebelum itu, dia baru sahaja datang ke rumah saya kerana sepupu saya berkahwin.
  4. Sayang sekali masa itu saya tidak dapat balik kampung kerana ada urusan walaupun sudah merancang awal untuk pulang.
  5. Saya ada rasa sedikit terkilan. Dia adalah makcik yang tinggal dengan saya sekeluarga semasa saya kecil. Selepas berkahwin, dia mengikut suami di Keratong 7, Pahang.
  6. Sejak itu dia bagai terpisah tetapi binda sya sangat rapat dengannya kerap menjenguk ke sana.
  7. Pagi Jumaat itu, nafasnya adalah kali terakhir berhembus di alam fana ini. Dia sudah pergi dan meniggalkan semua perkara yang sementara ini.
  8. Kata sepupu saya, selepas subuh dan berbaringan, dia tiba-tiba dalam keadaan nazak. Semula itu tiada apa-apa yang berlaku. Malah, malam sebelum itupun dia seperti biasa.
  9. Pemergiannya amat kami rasai.
  10. Di Ipoh pula, bonda dan ayahanda sedang pening. Bagaimana henda pegi ziara jenazahnya makcik sedangkan ayahnda saya, ayahanda Ngah saya tidak berapa sihat untuk memnadu.
  11. Saya tekad untuk pergi dan memandu bagi pihak mereka. Walaupun kesuntukan masa dan tidak dapat menatap wajah makcik tetapi diharapkan kehadiran kami mengusaikan resah kami dan keluarga mereka.
  12. Sebuah pemergian yang tak disangka-sangkakan tapi memberikan suatu pengajaran. Kematian takkan nampak dijalanan tetapi hadir tanpa mengira persediaan.