Kod Baharu atau Mengubah Kod

Picture by Omer Van Kloeten

  1. Rakan-rakan pejabat lama saya muat naik gambar-gambar majlis pelancaran sistem. Sistem yang seusia 12 tahun pada ketika itu mahu disegarkan semula. Ibarat anak sudah UPSR kemudian hendak menyucikan jiwanya agar kecantikan nampak di luar kerana dalamnya telah bersih.
  2. Saya pernah mengalami proses pembersihan tersebut. Memang tidak semudah disangka. Ibarat kita tak pernah melihat organ dalam perut tiba-tiba depan mata ada usus berselirat.
  3. Saya pernah baca di blog Microsoft Developer Network. Kerja-kerja new coding (dengan izin) adalah lebih cepat daripada modifying coding (dengan izin). Mereka meletakkan masa yang diambil untuk meminda kod adalah lima kali ganda masa diambil untuk membuat kod baharu. Dan untuk meminda kod pula 78% masa diperlukan untuk memahamkan kod.
  4. Jadi saya sangat faham keadaan bila orang yang menerima arahan untuk meminda kod tetapi org yang meminta itu merasakan pindaan lebih mudah. Tambahan pula jika sistem atau aplikasi perlu menyokong semua jenis platform dan pelayar.
  5. Justeru, saya tumpang gembira bila rakan-rakan saya berjaya melepasi halangan ini. Ia bukan kerja mudah. Dan anda patut rasa bangga dengan hasil kerja tangan anda.

Nota: pada waktu ini, sistem tersebut sudah boleh diibaratkan seorang anak yang akan menduduki PMR/PT3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s