Pergi

  1. Petang Rabu pasca renyai hujan, saya mahu pulang ke rumah dari kerja. Sedang saya menuruni ke tingkat bawah dengan lif pejabat, saya mendapat panggilan dari Ayahanda saya. Lama saya tidak call dia semacam sahaja bunyinya.
  2. Ery, atok dah tak ada

  3. Saya tak mampu kata apa-apa. Terkejut dan ada rasa terkilan di hati. Terkilan kerana Raya Ailfitri yang lepas memang mahu menjenguk dia tetapi saya tangguhkan kerana hendak melihat adik yang akan melahirkan cahaya mata keduanya.
  4. Saya biarkan Ayahanda bercerita sedangkan dalam jiwa saya bertanya pelbagai rasa. Saya putuskan untuk pulang ke kampung malam itu juga. Saya maklumkan isteri dan esok kami berdua cuti kecemasan.
  5. Bersiap ala kadar dan anak saga siapkan pakaian untuk sehari sahaja.
  6. Malam itu hujan lebat sepanjang perjalanan. Mata saya memang out kalau memandu waktu malam. Sampai pening kepala dibuatnya, Silau dan hujan memang kombinasi baik.
  7. Mujur isteri mampu menjadi burung helang malam itu.
  8. Saya pulang ke Ipoh dahulu dan esok paginya saya akan bersama Ayahanda dan Bonda ke Sungai Petani untuk pengkebumian. alhamdulillah sampai saya semasa mereka memandikan Atok.
  9. Saya dipanggil untuk memandikannya. Saya sangat sebak ketika itu. Saya tidak teresak-esak tetapi air mata saya lebat berguguran. Saya menciumnya dan mengambilkan wudhu untuknya.
  10. Selesai dikafankan, jenazah dibawa ke Masjid untuk sembahyangkan. Alhamdulillah ramai orang hadir.
  11. Sesudah itu, di pusara, saya dan saudara mara bergilir-gilir untuk mengambuskan tanah. Saya sayu bila talkin dibaca. Saya menginsafi pemergiannya. Saya mempelajari dari kehidupan di sana.
  12. Masih saya terbayang kujur tubuhnya. Sejuk dahinya yang saya mandikan. Saya tak tersangka saya mengenepikan dia semasa Aidilfitri lepas. Saya terkilan tetapi saya bersyukur kerana sempat mengiringinya hingga ke liang lahad.
  13. Selamat kembali Atok. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s