1. Hari ini melayan anak anak bermain benda seperti tanah liat dan adunan berwarna. Saja nak beri tangan mereka ini berfungsi semula. Kerap dangan jari meleret skrin Ipad, ini masanya pula untuk mengekspresi setiap jemari mereka.
  2. Oh! saya bukan hendak bercerita tentang mainan dan jari anak saya, tetapi saya mahu bercerita tentang insiden yang menginspirasikan saya hari ini.
  3. Kisah sebegini mampu sahaja saya karang dalam 4 muka surat dan saya sertai projek penulisan seperti Kapsul Nurani tetapi saya rasa biar saya tulis di sini kerana ia menginsafkan saya dan sungguh memotivasikan hidup saya. Malah saya menulis di sini agar ramai dapat meneladani kisah ini. Mungkin?
  4. OK, seperti biasa setiap tengah hari Jumaat, saya akan memarkir kereta saya di Alamanda. Hairan? Saya tidak bersolat jumaatkah? Saya selalunya bersama isteri ke sana waktu Jumaat untuk makan tengah hari bersama dan kemudiannya saya akan tinggalkan dia di sana untuk menjamu mata. Saya pula akan berjalan kaki dari Alamanda ke Sekolah Sultan Alam Shah untuk solat Jumaat.
  5. Hari ini pun sama tambahan pula ada Adia dan Arisa yang kononnya sakit mata. Cikgi mereka yang tak beri pergi ke sekolah. Fine!
  6. Semasa saya tinggalkan isteri dan anaka-anak untuk ke masjid, saya di datangi oleh seorang muda. Tapi dia sudah berkawin. Kata dia, dia sama-sama dengan isterinya ke Alamanda untuk mencari kasut isteri yang akan konvokesyen esok harinya.
  7. Dia bertanya saya. Ke mana boleh dia bersolat Jumaat di sekitar Alamanda ini? Saya mengajaknya sekali ke ke surau Sekolah Sultan Alam Shah.
  8. Dalam perjalanan, saya kurang bercakap tetapi dia yang bercakap. Orang muda ini ramah sangat. Tanpa saya sedar sudah sampai ke surau.
  9. Dia bercerita.
  10. Dia dari Bank Negara Malaysia dan sedang cuti belajar dengan biasiswa Bank Negara Malaysia. Cuti belajar mengambil Ijazah Sarjana Muda. Bagus BNM ya.
  11. Ceritanya dia pernah sambung belajar tetapi berhenti kerana menjaga ayahandanya yang stroke. Walaupun keluarga tak berapa suka tindakan itu, dia berhenti tetapi mencari kerja untuk menyara bapanya.
  12. Kata dia, dia bekerja dengan Singer (menawan keluarga bahagia tu..) sebagai auditor yang mengaudit ketua-ketua cawangan kedai SInger.
  13. Dia kata, banyak kalangan mereka ini menipu. Ansuran kadang kala separuh bayar masuk akaun lain, separuh lagi masuk akaun cawang dan ikut macam masuk akaun ketua-ketua cawangan. Bila mamat ni buat laporan ke HQ, maka banyak yang tak suka dia kerana kononnya dia skema.
  14. Dia akhirnya berhenti kerana tak tahan diperli rakan-rakan.
  15. Dia kata, lepas berhenti terus dia ke pondok pengawal BNM (mungkin Allah lorongkan rezeki dia) dan tanya ada kerja kosong walaupun tak ada iklan.
  16. Pak Guard pulak suruh pergi ke HR dan dia isi surat bagai. Dengan SPM sahaja yang ada dia mohon sebagai kerani.
  17. Nak jadi cerita, semasa dia menunggu panggilan temuduga kerja BNM, telefon dia hilang kerana diragut. Sempat juga dia menghubungi BNM untuk memaklumkan nombor telefon kakaknya untuk dihubungi.
  18. Alhamdulillah dia dipanggil untuk temuduga. Semasa dia ditemuduga, dia mencerita perkara yang sama dan pengalamannya dengan Singer.
  19. Kata dia, dari beratus orang yang memohon dan dari beberapa puluh orang yang ditemuduga, dia seorang sahaja yang terpilih. Itulah berkat kejujuran dan usaha yang ikhlas.
  20. Saya sangat terinspirasi dengan cerita dan pengalaman kau, Meor. Kalau kau kelentong sekali pun, cerita itu dapat menginsafi diriku. Terima kasih.