Antara wanita Jepun, Anak dan Kerjaya

Arisa Amani 7, originally uploaded by hairieusoff.

1. Rakan sebelah partition saya telah bercuti kebapaan (paternity leave) selama 7 hari sebagaimana dia layak. Saya telah mengambil nya semasa kelahiran Adia dan Afina. Di Jepun semasa kelahiran Arisa, saya bercuti belajar.

2. Bercakap tentang paternity leave, teringat rakan semakmal saya di Keio Univeristy. Dia senior saya setahun. Dia menamatkan pengajian semasa Arisa dalam kandungan kira kira 6 bulan. Kemudian, dia cuma sambung pengajian kedoktoran semester berikutnya dan saya baru tahu ketika itu dia sudah mengandung 5 bulan.

3. Kami sempat berjumpa sekali di makmal semasa seminar mingguan kitika dia membentang cadangan projeknya.

4. Selepas itu, kami jarang berjumpa kerana dia sudah berpindah ke Saitama dan Keio Univeristy Kampus saya di Kanagawa.

5. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat tahu dia sudah melahirkan anak dan dia sudah tidak kelihatan di kampus. Saya mendapat tahu dia dia menangguhkan pengajian atau mungkin membatalkan dahulu pengajian kedoktorannya.

6. Alasan dia ialah untuk menjaga anaknya memandangkan sukar bagi ibu-ibu muda atau pasangan baru berkahwin untuk memberikan komitmen terhadap kerjaya apabila melahirkan anak.

7. Malah say juga dimaklumkan bahawa suaminya juga sukar mengambil cuti paternity yang diibaratkan tidak serius terhadap kerja.

8. Senario sebegini memang lumrah bagi negara dan masyarakat Jepun. Tuntutan kerjaya menyebabkan ruang berkeluarga dan hidup bekerluarga menuntut pengorbanan agak besar.

9. Bayangkan untuk hidup dengan kos melepas sebegini telah menyebabkan keinginan untuk mewujudkan kebidupan bekeluarga adalah menurun. Bilangan warga tua Jepun sangat tinggi, manakala warga muda dan kelahiran menurun.

10. Perkara sebegini juga disebabkan sikap lelaki Jepun yang komited kerja untuk meraih seberapa banyak pendapatan. Ia juga disebabkan isteri-isteri mereka terpaksa berkorban kerjaya sedangkan mereka ini lepasan university dan berpendidikan tinggi tetapi perlu berhenti kerja semata-mata menjaga anak. Hasilnya wanita Jepun menuntut suami mereka menjadi pengurus kewangan keluarga dengan meminta semua pendapatan suami diberikan kepada isteri. (Kebanyakan). Justeru lelaki Jepun menyerahkan kerja mengurusan anak hampir 100% kepada isteri.

11. Perkara ini tidak perlu kita teladani dengan kemajuan mereka.

12. Syukurlah dalam kita masih kurang maju dan menuju sebagai masyarakat maju, kita berupaya melihat hasil kemajuan orang lain sama ada untuk diikuti mahupun dibatasi. Yang baik diteladani, yang buruk disempadani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s