PBS dan Guru di Kementerian

Exam, originally uploaded by ikmkuchingsted.

1. Luahan hati seorang guru tentang sistem pentaksiran anak-anak kita di sekolah. Kalian boleh baca di sini.

2. Di Facebook saya ada langgani kumpulan seperti Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan dan Suara Guru Masyarakat Malaysia untuk melihat apa isi hati mereka selain daripada itu, anak saya juga merupakan batch pertama PBS ini.

3. Apa yang saya boleh nampak, para guru di luar sana diberikan tanggungjawab dari segi operasi agak multi tugas. Mungkin ini menjadi pencetus kemarahan. Pun begitu isu utama yang dibangkitkan juga ialah penilaian dan petaksiran tanpa peperiksaan yang diperkenalkan ini amat banyak lompong dari segi integriti dan keadilan terhadap pelajar.

4. Saya bersetuju dengan artikel di atas kesemuanya kecuali, saya tidak dapat bersetuju dengan guru-guru ini dalam satu hal yang mana mereka menyalahkan Kementerian seratus peratus khususnya mereka menyatakan Menteri, pentadbir dan penyedia aplikasi seperti SPPBS sebagai pencetus masalah.

5. Hampir 85 peratus perjawatan di Kementerian adalah guru-guru yang asalnya mengajar di sekolah. Kajian pedagogi dan dasar pendidikan adalah cetusan idea dari guru-guru juga. Cadangan PBS juga datang dari guru-guru yang diangkat kepada pengurusan dan seterusnya kepada Menteri supaya dijadikan sistem pentaksiran.

6. Saya pernah bekerja di Kementerian Pendidikan dan saya sangat mengenali sifat dan egois (minta maaf sekiranya saya gunakan perkataan ini) guru-guru yang berada di Kementerian. Mereka sering merasakan diri mereka betul dan tidak mahu mendengar nasihat lain.

7. Justeru, guru-guru di luar yang merasakan dasar atau sebarang arahan kementerian Pendidikan sebenarnya hasil tindakan guru juga.

8. Guru (DG) di Kementerian sama ada PPD mahupun JPN, bertindak sendiri dalam beberapa perkara. Sebagai contoh dalam membangunkan sistem, menguruskan teknikal seperti program TV Pendidikan yang sepatutnya dilaksanakan orang skim Bakat dan pelbagai bidang yang bukan menjadi pekerjaan mereka.

9. Justeru, saya berpandangan pihak KPM perlu menyusun sumber manusia KPM sewajarnya. Perjawatan DG sedia ada perlu fokus dalam pedagogi, pengajaran dan pembelajaran serta mengajar.

10. Hal berkaitan pengurusan, pembangunan sistem dan bidang lain, silalah beri ruang kepada yang ahli. Bahagian-bahagian di KPM terlalu mahu menonjol dengan sistem masing-masing dan hasilnya mereka tidak merujuk kepada yang ahli atau tanpa pengetahuan yang pakar (SME). Sebaliknya menggunakan outsource yang membuat sistem berdasarkan ‘requirement’ Bahagian masing-masing. Akibatnya perkara tersebut tidak ditangan secara holistik dan yang menerima akibat ialah Guru di sekolah dan anak-anak kita. Maka macam -amaca sistem guru di luar sana perlu ahadapi. SPPBS, EMIS, SPS, Belum lagi modul kedatangan yang perlu diisi di sekolah sekitar Putarajaya dan sebagainya.

11. Kejadian seperti sistem yang tidak boleh diakses ini akan menunjukkan pembangun sistem yang tidak mengkaji kapasiti dan menyediakan sistem tangkap muat. Padahal perkara ini di luar pengetahuan mereka dan kadang kala nasihat yang diberikan tidak dipedulikan.

12. Sekarang, PBS diumumkan ditangguhkan. Bagus juga ditangguhkan sehingga pelaksanaannya dikaji pelbagai sudut tetapi sementara penangguhan, apakah tindakan pengajaran dan pembelajaran anak anak kita? Guru-guru yang berada di Kementerian harus melihat rumput di bumi. Jangan mendabik dada bila berada di Kementerian. Jangan suka menggunakan alasan Menteri atau pihak pengurusan mahu itu dan ini sedangkan anda melaporkan sebaliknya kepada mereka demi kepentikan dan ego bahagian masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s