Imbangan

balance

1. Dalam dunia media sosial, kita tidak lagi bersosial seperti dahulu.

2. Kita hanya bersosial dengan orang yang ingin kita mahu. Maksudnya kita boleh memilih siapa menjadi teman kita.

3. Dahulu kita punya teman dan teman kita memperkenalkan temannya. Maka, kita akan mempunyai pelbagai aliran pemikiran teman-teman dan mereka ini kita temua berdepan.

4. Sekarang, teman kita pula adalah teman sealiran dengan kita sahaja. Kita boleh memilih untuk berada dalam kelompok tertentu sahaja.

5. Bagaimana? Caranya, apabila kita di dalam media sosial khususnya di Facebook, kita boleh set status rakan kita untuk tidak dipaparkan dalam news feed kita. Atau status ‘kawan’ itu kita hide dari penglihatan kita.

6. Dengan kata lain, sebenarnya kita menjadi tertutup. Kita hanya mahu melihat apa yang ingin kita lihat sahaja. Kita tidak mengimbangkan input-input lain selain daripada apa yang kita lazimnya tidak mahu.

7. Justeru, kita akan menjadi berat sebelah dalam penilaian sesuatu perkara.

8. Seharusnya kita lebih terbuka. Kita perlu membiarkan segala input atau status rakan kita berlegar dalam news feed. Walau bagaimanapun, kita patut menghormati pandangan pada status mereka. Jika kita mahu menyatakan sesuatu, kita letakkan atau post pandangan kita / status pada Wall kita.

9. Dunia ada plus dan minus, ada setuju dan tidak setuju, ada pro dan kontra. Itu semua kita perlu ditangani dengan berhemah. Emosi tidak akan menjadi satu penyelesaian.

10. Yang penting, hormati orang lain. Mereka ada buah fikiran sendiri dan kita juga punya pandangan sendiri. Usah terlalu memfokuskan perbezaan tetapi kita perlu dekatkan persamaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s