Mungkir

Samsung = Broken Promises

1.  Anak saya Adia, beberapa malam hari lalu, semasa dia ke kelas mengaji tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari Ustaznya.

2. Adia sesak nafas katanya. Saya agak panik ketika itu dan bergegas.

3. Mengambilnya di kelas dalam keadaan tangis dan menekan dada. Pun begitu mulut tak berhenti bercakap. Keturunan ibu saya sangat kuat. Saya tidak menurutinya tetapi diambil oleh cucunya.

4. Saya menuju ke klinik. Dalam perjalanan. Dia bercerita dengan derai air mata dan kekesalan.

Saya tidak mahu berkaraoke di Iphone Papa lagi. Nanti saya sesak nafas dan tidak cukup Oksigen.

5. Saya dalam dual mode. Gelak dan nak Marah pun ada. Dalam banyak perkara yang hendak disesali ialah karaoke.

6. Kata saya kepada Adia. Kurangkan ais, usah tidur dengan pedingin hawa dan saya sokong dia untuk berhenti berkaraoke dari Apps di Iphone saya.

7. Kami di berikan rawatan segera semasa pedaftaran di Klinik dan doktor memberikan hasil rundingan dengan diagnos kahak yang banyak di dada Adia. Dia tidak mengidap Asthma. Kami pulang dengan pelbagai ubat untuk Adia teguk hampir seminggu dengan cuti sakit untuk Adia dan saya. Muka Happy keduanya.

8. Esoknya.

9. Adia beransur sembuh. Dia sudah normal dengan ubat disambung makan. Pun begitu janji semasa sakit telah dimungkiri. Iphone saya hilang. Rupanya hilang di tangan Adia. Dia karaoke lagi. Janji tinggal janji. Karaoke tetap digagahi.

10. Anak semakin dewasa, kecenderungan mengisi kepuasan diri semakin berakar umbi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s