Antara Sifat Kita di Media Sosial dan Anak-Anak

Arisa

1. Sekarang ini bersosial hanya di dunia maya. Mengucapkan salam hanya dengan video dan huruf-huruf atau tulisan. Dunia seperti jauh tetapi dekat atau sebaliknya.

2. Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya menjadi ruang pergaulan kita kini. Saya punya akaun Facebook. Tidak kurang anak sulung saya juga ada akaun untuk dirinya.

3. Bila kita menjadi friend kepada anak kita di dalam Facebook, kehidupan bersosial kita juga menjadi dedahan kepada anak kita.

4. Kita mungkin tidak sedar atau beranggapan bahawa status atau post yang kita letakkan di Facebook telah kita saring (filter) dari tatapan anak kita.

5. Malah, kita juga memberikan satu nilai kepada anak kita dalam kehidupan seharian seperti bercakap sopan dengan orang tua, menghormati orang lain ataupun tidak mencarut dan menggunakan kata-kata kesat.

6. Malangnya, laman sosial adalah dedahan sifat kita kepada anak. Kita mungkin memberi komen dengan bahasa kesat, ditag oleh kawan perkara yang mengerikan atau membuat like diposting rakan yang statusnya menggunakan bahasa kesat.

7. Anak-anak kita akan dipamerkan aktiviti kita di laman sosial kerana mereka dianggap friend kita. Aktiviti komen dan like kita akan ditunjukan dalam news feed mereka dan akhirnya itu akan dijadikan rujukan mereka.

8. Tanpa kita sedar, mereka sebenarnya mempelajari sisi hitam kita untuk menjadi diri mereka sedangkan kita cuba mewujudkan mereka dari sisi putih kita.

9. Dalam keseronokan kita bersosial, kita perlu pastikan diri kita sentiasa berada dalam persekitaran beretika. Kita perlu menjadi seperti anak-anak kita juga – Naif. Mereka adalah kain putih dan melakukan perkara yang putih-putih sahaja.

Being good parent means you actually have to get off your ass and be a kid again.

10. Kita kadang kala suka mengambil langkah drastik dan ekstrem. Maka kita akan menghalang anak menggunakan media sosial kerana kita mahu menggunakannya tetapi kita tidak mahu menidakkan sifat-sifat anjingan kita ketika bersosial.

11. Akhirnya anak akan menggunakan cara bersembunyi dan menjauhi kita. Apakah itu kemahuan kita?

12. Dunia kini khususnya internet atau media sosial bukan entiti berasingan dengan dunia sebenar. Ia seperti dunia sebenar atau dalam kata lain ia adalah sebahagian dunia sebenar. Jika kita mengunci anak kita dari dunia ini dia akan dikejutkan oleh dunia tersebut bila ia terdedah dengannya dan jika di tersilap langkah maka dia akan terjerumus.

13. Justeru, kita wajar membetulkan diri sebagai ibu bapa dan apabila itu berlaku, kita dan anak-anak pula menjadi rakan yang baik di dunia sosial media mahupun di rumah akan menjadikan kita lebih rapat dengan mereka.

14. Kajian Brigham Young University di Provo, Utah, berdasarkan 491 remaja dan ibu bapa mereka tentang penggunaan media sosial antara mereka mendapati remaja yang kerap berhubung dengan ibu bapa melalui Facebook, Twitter atau sebarang bentuk media sosial merasakan mereka lebih rapat dan lebih terkait antara satu sama lain dalam kehidupan mereka.

15. Jika kalian mahu mendekati mereka, kita perlu menjadi seperti mereka, cuma situasi dunia berbeza semasa kita remaja dahulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s