Rindu Fukubukuro

fukubukuro

1. Saya pernah menulis entri berkenaan Fukubukuro (entri di sini).

2. Sekarang sudah masuk 2014. Tahun Baharu dan impian baharu. Impian dan rindu itu bagai bersatu. Rindu Jepun dan keinginan sambung belajar semula. Cubaan tahun lepas tidak berjaya. Apakan daya.

3. Tahun baharu yang dirindui khususnya di Jepun ialah Fukubukuro. Beg dengan item-item jualan murah pada awal tahun. Selalunya item-item ini sudah terlewat dari season. Lewat pun bukan item lama tetapi mungkin tinggalan stok tahun lepas.

4. Saya suka konsep Fukubukuro. Kita menyimpan duit untuk sesuatu yang kita hajati dan awal tahun, bila gedung-gedung menjual fukubukuro bagi item yang kita suka, kita akan beli dengan harga yang lebih murah.

5. Selalunya satu beg akan mempunyai beberapa item dan ia satu belian yang dikira berbaloi buat pengguna yang tidak begitu mementing kesegeraan dalam mengumpul koleksi.

6. Contohnya, anak saya suka mengumpul barangan Hello Kitty, Pada tahun 2013, kami tidak dapat membeli koleksi 2013 kerana pada masa itu kami sedang mengumpul duit dan harga koleksi tahun semasa agak mahal. Justeru, saya tunggu pada awal tahun 2014, apabila gedung menawarkan Fukubukuro Koleksi Hello Kitty, saya akan membelinya kerana satu beg mungkin diisi dengan koleksi yang anak saya ingini.

7. Di Malaysia, kita tidak ada budaya ini. Jadi, apa yang saya lakukan ialah dengan pergi ke jualan fukubukuro di internet seperti Rakuten Global.

8. Buat carian Fukubukuro dan kalian boleh lihat apa tawaran yang ada. Jika kalian rindu seperti saya, inilah cara yang ada. Di mana ada kemahuan, di situlah jalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s