Yuna – Nocturnal (Review)

This album though. #yuna #is #my #intermission #nocturnal #good #music

1. Nocturnal sebuah buah tangan kedua Yuna di Amerika syarikat selepas album pertama berjudul Yuna. Kerja tangan Yuna ini menzahirkan 11 track bagi standard version dan tambahan 3 lagi track untuk Deluxe Version.

2. Sebenarnya saya sudah lama hendak membuat review album ini khasnya untuk 11 buah lagu bagi standard version dan acapkali dipasang dalam kereta hingga anak saya sudah menghafal liriknya.

3. Pada saya keseluruhan Nocturnal adalah sebuah hasil yang sangat sesuai untuk persembahan pentas. Elemen dan susunan muzik di dalam album disesuaikan dengan keperluan persembahan live.

4. Nocturnal bukan sahaja pop tetapi ia adalah fusion dengan bunyian Asia. Semasa Album pertama, elemen tersebut ada tetapi agak kurang menonjol.

Sample dan Instrument

5. Elemen sample tepukan dan siulan sesuai untuk mengajak penonton bersama-sama persembahan. Beberapa lagu seperti Rescue, I Want You Back dan Come Back.

6. Bunyi gendang paling banyak di dalam single pertama dari EP I Wanna Go. Sekali dengar seperti Kompang dan ada kala seperti Rebana.
Lagu Falling dan Colors pula umpamanya punya beat setara gambang (alat musik Gamelan seperti xilofon kayu) sebagai loop.

Sifat dan Rupa

7. Saya secara personal menggemari lagu Mountain, Escape dan Colors. Ketiga-tiga lagu ini pada pandangan saya lagu-lagu yang dinamik. Tektur lagu ini sangat cantik dan pelbagai.

8. Mountain punya versa, pre-chorus dan chorus. Saya suka pre-chorus dan chorusnya yang pada saya beranggapan sangat cocok.

9. Manakala kalau Colors, saya suka variasi vokal Yuna dengan permulaan rendah dan sebelum chorus, notanya agak naik dan berbeza dengan korus. Pun begitu perubahan ini masih bukan bermakna bingit atau terlalu kuat.

10. Escape juga saya suka kerana permainan vokal khususnya semasa verse dan chorus terdapatnya naik turun naik vokal register chest dan head. Tapi apa yang boleh saya katakan ketiga-tiga lagu ini saya katakan sebagai iconic song for Yuna dimana beberapa bar perlu nyanyian dengan kawalan nafas. Ia memang style Yuna sejak dulu seperti Dan Sebenarnya.

Vokal

11. Sebegaimana saya katakan sebelum ini, style lagu dan keunikan lagu Yuna kerana kebijakan kawalan suaranya. Dia mungkin bukan powerhouse vocalist tetapi  Yuna keunikannya pada tone yang berbeza dengan barisan penyanyi yang ada.

12. Kehebatannya adalah dengan mempelbagaikan suaranya. Maka tidak hairan Yuna terkenal dalam multi-layer vokal song seperti Lagu Lights And Camera. Malah Yuna juga sebelum ini dikenali kerana cover Frank Ocean, Thinkin About You kerana berakapela.

13. Jika dilihat cara nyanyian Yuna, kita boleh mendekatkan persamaan dengan Lorde. Malah ada juga mengaitkannya dengan Adele. Ini kerana transisi tone asal dengan vokal airy / lembut  sangat bijak dilakukan Yuna.

14. Yang pasti, dalam Nocturnal, Yuna telah memaksa dirinya untuk mencabar vokal. Jika sebelum ini vokal effortless seperti Decorate banyak dilagukan tetapi kali ini, setiap lagu pasti sekurang-kurangnya sebaris bar sekurang-kurangnya ada Yuna sampaikan dengan head register.

Tema

15. Secara asasnya, album ini adalah lagu cinta dan semangat. Untuk Cinta kita mengharapkan semangat untuk menggerakkannya.

16. Someone Who Can bercerita tentang semangat untuk meneruskan cinta walaupun dikecewakan, sama seperti Love Intemission, jika kita percaya sesuatu dan kita akan memperolehinya.

17. Rescue merupakan single sandaran awal Nocturnal dengan menggunakan semangat wanita untuk merentasi lautan dugaan. Lagu ini cuba melahirkan kekuatan jiwa. Katanya tidak perlu SOS dan tidak perlu dia dibantu kerana dirinya mampu menggalas cabaran tersebut.

Versi Extended

18. Terdapat 3 buah lagu iaitu Hanging On, Bravest Everything dan Call Everyone.

19. Call Everyone merupakan kegemaran saya jika saya mahukan lagu Yuna ala Dan Sebenarnya atau Decorate. Vocal Style juga tipikal Yuna sebelum ini. Koleksi ini lengkap jika saya pasang dengan lagu Musician dari EPnya. Lagu Call Everone ini susunan muziknya ringkat dan menangkap telinga saya.

20. Selain itu Bravest Everything juga saya suka disamping liriknya yang sangat menaikan semangat. Lead guitar dalam lagu ini sangat dominan pada awal lagu dan verse sama seperti Mountain. Bunyinya seakan-akan Sape sejenis alat muzik Sarawak.

21. Hangin On. Susunan musik seperti oriental pada awalnya kemudiannya bass agak mempelopori lagu ini. Lagunya simple tetapi dari segi lirik saya suka sebab kadang-kadang saya memang sangat uncertain dalam sesuatu. Lagu ini akan jadi perasaan saya ketika keliru.

Kesimpulannya

22. Nocturnal adalah sebuah album sangat upbeat, dan berbeza dengan awal pembabitan Yuna semasa independent scene di Malaysia tapi ia perubahan yang sangat baik kerana ia sangat mendakap telinga. Ia sangat Unik dan Eclectic. Kombinasi bunyi-bunyian Asia dan Fusion Pop sangat sesuai menjadikan Yuna didekati dan menjadikan dia berbeza dari hidangan muzik sedia ada baik di Hollywood mahupun di Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s