Adia n Yuna

1. 7 September 2013 yang lepas saya berpeluang menonton konsert Yuna bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya (IB). Saya beli tiket awal kerana takut habis. Cadangan ke konsert ini kerana mahu mengambil hati Adia yang selalu saya marahi sejak beberapa hari sebelum itu. Dalam masa yang sama adalah mendengar lagu-lagu dari album debut Amerika Yuna yang telah saya beli dari Amazon dan ulasannya di sini.

2. Pagi 7 September itu ada jemputan ke rumah sahabat lama. Perlu hadir kerana hampir 3 tahun tak bersua muka. Dia juga sudah ‘sihat’.

3. Petangnya saya bertolak awal dari rumah ke Istana Budaya kerana khuatir hujan lebat di KL akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. tambahan pula perangan Adia yang tak habis-habis bertanya ‘bila nak pergi, bila nak pergi ni’.

4. Jam 5 saya bertolak. Cuaca memang hujan tetapi Alhamudulillah perjalanan ‘smooth’. Sesampainya di IB, hujan masih renyai dan saya kata kepada Adia ‘kita tunggu dulu dalam kereta’

5. Adia seperti tidak keruan. Rupanya dia telah bawa scatch book dia untuk mendapatkan autograf Yuna. pada muka kedua buku tersebut telah tertulis ‘YUNA AUTOGRAPH’.

6. Saya dan Adia keluar dari kereta untuk masuk ke dalam bangunan IB. Saya suruh dia tinggalkan dahulu scatch book dia sebab takut basah dek hujan. Di ruang legar (lobi) sudah ada pameran gambar-gambar Yuna dan Adia seperti biasa teruja dengan sedikit ekstrim.

7. Ada juga jualan cenderamata dan barangan Yuna seperti beg, kemeja T, pemetik gitar bertandatangan dan gambar.

8. Adia dengan membawa duit raya, macam pergi membeli belah (ini turun dari mama dia). Dia beli beg dengan tulisan bertulis ‘Yuna’ dalam bentuk gambar ikonik Yuna dengan Turban. Adia beli yang besar OK. Bila dah beli dia memanglah terlebih ‘excited’ dengan menyanyi-nyanyi lagu Yuna lah, humminglah. Papa jadi segan tau Adia🙂

9. Tak semena-mena, bak kata sastera lama, sekonyong-konyong, salah seorang kru Yuna yang berada di situ tanya Adia nak jumpa Yuna tak. Adia memanglah nak kan walaupun dia macam blur-blur. Terus Adia minta scatch book dia. Maka terpaksalah saya berlari ambil di kereta.

10. Sayangnya, bila saya dah ambil semua barang Adia, kru itu kata yuna sedang bersiap. Jadi kami hanya harap masa meet and greet sahajalah.

11. Sambil itu, saya dan Adia bergambar di situ dan orang semakin ramai. Kami nampak ibu Yuna berada di situ. Dia kelihatan sangat peramah dengan orang sekelilingnya. Adia sibuk dengan buku skrapnya.

12. Saya nampak Julian Schratter keluar dan saya memberitahu Adia itu teman baik Yuna.

13. Adia sempat menyapa perlahan dan Julian membalas dengan sapaan juga.

‘Hi’ kata Julian.

‘Are you Yuna’s fan?’ Tanya Julian lagi.

‘No, I am Yuna’s biggest fan’ balas Adia.

14. Sejurus itu, ibu Yuna datang kepada kami. Dia bertanya

‘are you really fan of Yuna’

‘Um huh’ Balas Adia ringkas.

‘you should sing Yuna’s song then’ tambah Puan Anum, ibu Yuna.

Ada malu-malu dan jawab ‘ I forgot the lyrics’.

‘I’ll help you’ Tambah julian dan seraya itu Julian menyanyi korus Lullabies.

‘Like lullabies you are …’

Adia dengan malu dan perlahan menyambut

‘Forever in my mind…’

15. Sejurus itu, Adia dia bawa masuk ke belakang pentas berjumpa Yuna. Saya ditinggalkan seorang diri di lobi. Sedihkan. Adia mesti suka di backsatge. Saya berikan telefon saya kepada kru unutk memotretkan apa yang berlaku dibelakang pentas antara Adia dan Yuna.

16. Sekembalinya Adia dari belakang pentas, mukanya nampak puas. tiada satu diceritakan kepada saya. Hanya senyum. Ibu Yuna, Puan Anum sejurus itu bertanya sama ada Adia lapar atau tidak. Adia sudah kenyang berjumpa Yuna. Balas saya. Terus dia memberi Apam untuk kudapan Adia.

17. Sementara menunggu konsert bermula, saya membawa Adia makan di kafe berdekatan. Orang semakin ramai.

18. Hampir jam 8.30 malam, gong dibunyikan dan pintu dikuakkan untuk memberi kami masuk.

19. Dalam konsert Adia memang sangat teruja. Menyanyi dan berlagu sahaja dimulutnya. asebaik tamat lagu pertama yuna, Decorate. dia menjerit ‘Yuna!’. Dia tak malu. tapi Papa… :0.

20. Tamat konsert, kami memang sangat puas hati. kalau hendak diulas perlu satu entri khas di blog ini. Dalam perjalanan ke rumah, saya bertanya apa yang dibualkan dengan Yuna.

21. Kata Adia dia bersembang tentang eye liner, maskara dan tidak kurang juga komen tentang baju yang akan dipakai pada malam tersebut. Sambil-sambil bercerita dia terlelap. Tidur dengan mimpi indah bersua muka dengan artis favoritenya, Yuna.