Miss World Malaysia 2013 dan Penguatkuasaan Fatwa

Gambar Ihsan shamabd

1. Saban tahun, pertandingan kecantikan mengisi kalender dunia. Pertandingan seperti ini semakin bertambah dengan tema-tema tertentu. Bagi yang telah establish seperti World, Universe dan International, pengajur memang telah dikenali oleh peminat pertandingan kecantikan seluruh dunia.

2. Walaupun wakil negara kita belum pernah menghasilkan pemegang gelaran tetapi ada juga yang menghampirinya seperti Lina Teoh debagai pemenang tempat ketiga di Miss World 1998. Pun begitu, wakil Melayu dan beragama Islam ada juga yang cemerlang sehingga Top 10 pada Miss World 1994 yang diwakili Rahima Orchient Yayah dan menjadikannya Wakil terakhir Melayu ke pertandingan seumpanya. Erra Fazira pernah mewakili negara pada pertandingan yang sama pada tahun 1992.

3. Polemik terkini di dalam negara ialah apabila 4 orang gadis Melayu dan beragama Islam terpilih sebagai finalis Miss World 2013. Berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia itu telah mendapat reaksi Muti Wilayah Persekutuan dan penganjur pula telah membatalkan penyertaan mereka.

4. Kes berlarutan apa bila sebilangan daripada 4 perserta Melayu ini dikhabarkan mahu meneruskan usaha bertanding dalam Miss World malaysia 2013 tersebut dan menyatakan fatwa yang dikeluarkan perlu dilihat semula. Justeru pihak JAWI pula sedang menyediakan kertas siasatan untuk mengambil tindakan atas mereka kerana diANGGAP menghina agama Islam kerana kenyataan tersebut.

5. Saya melihat ramai yang mengutuk, mencerca, ‘memberi nasihat’ dan ‘panduan’ kepada 4 gadis ini di media sosial dan media elektronik. Sayang sekali itulah cara kita ‘berdakwah’.

6. Kita mengakui bahawa wanita mahupun lelaki itu ada batasnya, manusia itu dibataskan bagi mengawal unsur tidak baik. Dalam hal ini dan kebanyakan orang yang beriman dengan Islam akan mengaitkan kes ini dengan aurat. Tidak ada sesuatu di dalam ini kita boleh melakukannya dengan sebebas-bebasnya.

7. Pun begitu, dalam mengambil tindakan walau apa juga perkara, prinsip keadilan itu mesti jelas dan ternampak jelas pada semua dan bukan pada agama kita sahaja.

8. Akibat dari polemik ini, agensi berita luar negara berebut-rebut mahu mengupas cerita ini dan sekali gus memburukkan agama kita di mata orang bukan Islam.

9. Apa yang boleh saya sentuh di sini ialah fatwa mengharamkan Orang Islam menyertai pertandingan kecantikan itu perlu menyeluruh. Mengikut e-Fatwa:

Tarikh Keputusan: 15 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu:

Keputusan:

Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa
bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Keterangan/Hujah:

Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan
menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.

Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 8 Feb, 1996
Nombor Rujukan: JAWI/A/145;PN.(PU2) 530
Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993
Negeri/Group: WP Kuala Lumpur

10. Saya berkeyakinan penuh dengan fatwa ini khususnya kerana ini melibatkan sosial dan syariah. Malah Fatwa ini telah diwartakan sebagai enakmen Seksyen 34 1993 dan ia terpakai untuk prosiding mahkamah syariah.

11. Bila kita bercakap tentang Mahkamah Syariah, maka ia akan tertakluk kepada Orang Islam dan dalam kes ini mereka yang disabitkan di Wilayah persekutuan kerana Akta dan Enakmen ini tidak terpakai di negeri lain disebabkan negeri mempunyai kuasanya tersendiri untuk mewartakan sesuatu fatwa.

12. Ini yang saya katakan sedikit kurang kekemasan dalam kita menguruskan tentang agama kita. Tiada persamaan dan ia boleh memberi gambaran salah kepada bukan Islam.

13. Kes sebegini akan menampakkan ketidakadilan.Jangan marah saya terlebih dahulu.

14. Pertama sekali, selepas kes penyertaan 4 wanita ini di dalam Miss World Malaysia 2013 kita dapat melihat bahawa Fatwa melarang Muslim menyertai pertandingan dan peraduan kecantikan ini hanya tertakluk kepada Wanita kerana kenyataan fatwa hanya melarang pertandingan Ratu Cantik.

15. Ini bermakna, lelaki dibenarkan menyertai peraduan kecantikan atau kekacakan walaupun mereka ini juga akan didedahkan dengan pakaian mandi atau seluar dalam sahaja. Jadi ini akan menyebabkan rasa ketidakadil dalam perasaan wanita. Kenapa Lelaki boleh dan wanita pula tidak boleh.

15. Selain daripada itu, jika kita menggunakan fatwa ini, bermakna program-program TV seperti Siti Nurhaliza mencari Bintang Pantene dan program Gadis Melayu yang menggunakan konsep pertandingan ratu cantik juga perlu ditegah dan pesertanya juga boleh diambil tindakan.

16. Saya bukan menidakkan fatwa tetapi saya berharap ia dibuat secara menyeluruh dan paling penting berpegang pada prinsip keadilan semua. Apa yang saya khuatir ialah padangan bukan Islam terhadap agama Islam.

17. Di dalam Kes 4 orang gadis ini, mereka diberitakan menyertai Miss World Malaysia 2013 kerana pada tahun ini, tuan rumah Miss World 2013 di Indonesia telah melonggarkan penggunaan swimsuit kepada pemakaian sukan. Pengajur dan pemegang francais Miss World Julia Morley telah membenarkan perkara itu dan ia menyebabkan penyertaan yang meningkat dikebanyakan negara termasuk Brunei Darussalam.

18. Jadi sekiranya kaedah sama digunapakai untuk edisi ini ia sudah tampak seperti program reality lain di Malaysia yang mempertandingan kecantikan seperti saya nyatakan sebentar tadi. Ini sudah tentu peserta Melayu ini beranggapan edisi kali ini lebih tolaran dengan penyertaan Melayu Muslim.

19. Pun begitu saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, cuma saya mengharapkan supaya apa juga fatwa dan penguatkuasaan perlu mendahului prinsip keadilan dan penyelarasan disemua pihak.

20 Apa yang berlaku sekarang kerana Fatwa boleh dikeluarkan mengikut muftif negeri dan fatwa tersebut pula kadang kala tidak diwartakan sebagai akta atau enakmen untuk penguatkuasaan.Adalah menjadi persoalan ramai keanapa pewartaan fatwa ini dilakukan secara terpilih?

21. Sebagai contoh isu rokok. Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa Rokok adalah haram pada tahun 1995. Malah fatwa tersebut bukan sahaja diumukan di negara kita tetapi ia juga dikeluarkan oleh Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar) dan juga fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi.

22. Pun begitu, apalah fatwa ini jika ia tidak digazetkan dan diwartakan sebagai akta dan enakmen. Kenapa ada pengecualian pada kes ini. Hanya Selangor dan Kedah yang mewartakan fatwa pengharaman rokok. Memandangkan kuasa agama tertakluk pada sesebuah negeri, maka ia ternampak sebagai tidak selaras dan menjadikan orang bukan Islam keliru.

23. Bagi saya pegawai-pegawai dan alim ulamak semua negeri perlu mencari kesepaduan dalam isu berkaitan syariah ini dan menyelaraskannya diseluruh negara. Jika tidak tindakan anda semua akan disoal oleh orang bukan Islam yang keliru melihat agama Islam bercanggah.

24. Entri saya ini bukan cuba mengingkari atau mahu melanggar Seksyen 12 Enakment Jenayah Syariah Selangor iaitu:

“Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar
atau mempertikaikan perintah atau arahan:- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai
Ketua agama Islam ; (b) Majlis ; (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

25. Entri ini lebih kepada mahukan orang Islam berpegang pada prinsip keadilan dalam tindakan dan akhirnya orang bukan Islam akan lebih menghormati agama kita. Jika tindak tanduk Orang Islam sendiri sebegini, maka tidak hairanlah kejadian orang bukan Islam menghina agama Islam kerana mereka ini dipersembahkan dengan sesuatu yang mengelirukan oleh Umat Islam sendiri.

26. Saya juga suka untuk melihat perkara ini lebih jauh khususnya dalam pertandingan kecantikan ini. Kebanyakan peserta pertandingan sebegini menyatakan ia sebagai satu platform atau batu loncatan terhadap apa yang mereka akan lakukan kelak. Malah mereka juga menyatakan cara ini adalah kaedah memperkenalkan negara dan budaya kita.

27. Kita andaikan dengan memenangi pertandingan ini, mungkin satu cara memperkenalkan agama kita atau mempromosikan gaya kehidupan Islam. Saya lihat dakwah bukan cara melarikan diri dari golongan lain tetapi mendekatinya.

28. Tambahan pula dalam kebanyakan pertandingan kecantikan ini, pemenang akan menjalani tugas kemasyarakatan. Saya kira kerja dan tugas tersebut amat sesuai untuk berdakwah. Katakanlah pemenang adalah kalang Orang islam, mereka ini mungkin semasa tahun memegang tahtanya boleh cuba mempotretkan diri mereka sebagai wanita Islam dan menjelajah seluruh dunia memberikan mesej tentang Islam.

29. Akhir kata, apa yang berlaku sekarang ibaratnya walaupun kita tahu seorang kanak-kanak yang kita tahu mencuri barang kita tetapi kita merentap semula barang tersebut tanpa kita mendidik mereka tentang kesalahan mereka atau menunjukkan jalan yang betul.

—–

Selepas membaca beberapa entri blog, entri ini agak menarik untuk difikirkan. Adakah perkara ini terjadi kerana konspirasi penganjur? Salah seorang peserta Melayu (Miera Sheikh) yang digugurkan di dalam Miss World Malaysia 2013 ini juga merupakan peserta Miss Tourism Malaysia tetapi kenapa peserta ini tidak di’kecoh’kan sebelum ini?

One thought on “Miss World Malaysia 2013 dan Penguatkuasaan Fatwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s