Legoland Malaysia

Legoland Malaysia, originally uploaded by hairieusoff.

1. Akhirnya saya dapat bercuti dengan anak-anak yang memang telah lama menunggu saatnya. Selepas Adia mendapat Top 4 di dalam kelasnya, saya terpaksa lunaskan janji membawa dia ke Legoland.

2. Ia juga merupakan percutian keluarga saya ke taman tema seumpamanya selepas kami pulang dari Jepun tiga tahun lalu.

3. Perjalanan saya ke Johor hampir 4 jam, saya memandu dengan santai dan cuaca agak baik sepanjang perjalanan. Gembira hati anak-anak saya bukan kepalang kerana terasa begitu lama di dalam mode bercuti tetapi hanya duduk di nursery dan rumah.

4. Sesampainya saya di tanah Johor, kami memulakan kembara di JPO atau Johor Premium Outlet. Saya boleh andaikan ia agak kecil berbanding dengan Outlet yang sama di Gotemba, Jepun. Saya masih ingat lagi semasa saya dan keluarga ke Gotemba Premium Outlet, kami disediakan bas dari tempat meletak kereta. Kemudahan pengankutan awam memang sangat efisien.

5. Mungkin kerana saya datang dalam musim perayaan Krismas, maka memang banyak kedai yang menawarkan jualan murah. Pun begitu, saya memang tidaklah suka sangat dengan barangan sebegini melainkan kasut sukan.

6. Tidak begitu lama saya di JPO, perjalanan saya diteruskan ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Granada. Saya tempah bilik di hotel ini melalui Asia Room. Harga agak kompetitif. Cuma makanan agak kuran pelbagai. Mujur hotel ini berdepan dengan AEON Bukit Indah. Sebelahnya pula ada MacDonald. Memang sangat mudah bagi mendapatkan makanan.

7. Hari pertama tumpuan kami adalah meneroka Legoland. Perjalanan dari hotel ke Legoland hanya sekitar 10 minit. Saya keluar sekitar jam 9.00 pagi. Sesampainya saya di sana sudah ramai orang beratur untuk membeli tiket. Tempat meletak kereta masih banyak lagi tetapi masih belum berbayar.

8. Anak saya sudah bagai orang hilang akal bila masuk ke dalam Legoland yang mula dibuka setiap hari jam 10.00 pagi. Pun begitu, kami tidak sempat bergambar dengan karaktor Legoland kerana orang berbaris panjang dan apabila sampai giliran kami, sesi telah tamat. Kecewa.

9. Ada banyak ride yang boleh dinaiki tetapi sayangnya hanya anak saya Adia yang berusia 8 tahun boleh menaikinya. Arisa agak kecewa kerana halangan ketinggian. Mood dia juga agak jatuh bila tengok kakak boleh main dan dia pula asyik ditahan. Sudahlah dengan panas terik sejak jam 11.00 pagi, peluh-peluh menitis macam dah macam molekul geram Arisa mengelegak.

10. Macam saya, kami rancang sekurang-kurangnya naik salah satu ride di setiap tarikan (attraction). Kalau di lego City, kami cuma naik Boating School. Hendak naik Legoland Express, manusia punyalah ramai beratur. Kami batal niat dan terus pergi makan.

11. Jadi memandangkan hari yang sangat panas, beberapa tarikan dengan had ketinggian yang menghalangan kegembiraan Arisa dan manuisa yang ramai berbaris ppnjang menunggu setiap tarikan, kami putusan naik beberapa ride dan akhir sekali posing^posing sekitar miniland sahaja.

12. Jadinya di LegoCity, selepas Boating School kami ke Rescue Academy. Tarikan yang memenatkan juga sebab kena jadi bomba dan pam air. Kemudian kami skip Land of Advanture sebab Arisa juga tak cukup tinggi dan terus ke Seksyen Imagination. Sama juga, bapa dia juga yang penat sebab kena tarik tali bertakal untuk angkut kerus ke atas. Tarikan itu bernama Kids Power Tower.

13 Usaha terakhir sebelum keminiland, kami ke seksyen Lego Techic. Sana kami main Aquazone Wave Racer. Elok sangat berbasah-basahan dalam panas. Tapi Arisa tetap tak main sebab kakak Adia sahaja lepas had ketinggian.

13. Kesimpulannya, seronok tetapi kalau bawa kanak-kanak kecil dalam 4-5 tahun memang diorang melangut sahaja. Jangan sesekali bawa orang tua dan warga emas kerana tempatnya panas dan memenatkan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s