AES, Trafik dan Pemandu

1. Sangat bising. Itu yang boleh saya kata. Orang Malaysia secara tipikal memang merasakan diri mereka itu betul kerana itu adalah kebiasaan.

2. Di dalam kes pelaksanaan AES atau Automated Enforcement System yang dipasang dengan kamera untuk meraka pesalah trafik yang melanggar had laju, mendapat perhatian umum. Jelas mentaliti sebahagian kita sangat marah dengan cadangan pelaksanaan ini.

3. Alasan utama ialah had laju yang ditetapkan tidak bersesuaian. Bagi mereka kebanyakan negara maju, rakyat dibenarkan memandu kenderaan tanpa had dan itu adalah hak asasi mereka. Selain daripada itu, adalah menjadi satu keperluan undang-undang negara ini menaikkan had maksimum had laju yang sedia ada iaitu 110km/j di lebuhraya.

4. Mereka juga berpandangan, adalah tidak logik had laju di jalan raya tidak malar dan berubah-ubah khususnya di lebuhraya. Perkara ini akan menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka pada jalan-jalan tertentu dan kemudiannya terpaksa memecut semula. Oleh kerana had laju terlalu rendah maka mereka dikenakan saman.

5. Ada juga sebahagian yang berpandangan bahawa pemanduan dan kadar laju pemanduan mereka adalah bukan disengajakan. Ini kerana pemandu telah terlewat atau jalan yang mereka lalu ada kemalangan sebelumnya adan pelbagai perkaran yang menyebabkan mereka perlu sampai ke destinasi pada waktu yang ditetapkan.

6. Apa yang boleh saya katakan di sini sebagai sebahagian warga yang menyokong AES, alasan kebanyakan mereka menolak AES adalah sebab-sebab bagi memuaskan peribadi masing-masing. Masyarakat kita memberi alasan kerana mereka tidak boleh buat itu atau ini. Mereka tidak memberi alasan demi kebaikan orang lain.

7. Alasan lambat tidak perlu dijadikan alasan untuk memecut kenderaan. Kalian perlu bijak merancang masa perjalanan. Sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya, perkara itu pastinya dapat kita tolak ansur dengan keperluan untuk sampai di destinasi. Lebih baik membawa dengan berhemah daripada berlaku pula kemalangan terhadap diri kita. Bak kata orang biar lambat asalkan selamat. Hendak mengejar destinasi, kelak nanti lembih lambat kita sampai kerana perkara yang tidak baik.

8. Kita juga perlu faham bahawa keadaan jalan raya atau lebuh raya kita bukan semua berisiko rendah. Kadang kala pada tempat tertentu (walaupun di lebuh raya), risiko pemanduan adalah pada keadaan tinggi dan di situ penilaian telah dibuat oleh pakar dan perlu bagi pengurangan halaju kenderaan. Ini tiada tujuan lain semata-mata untuk mengurangkan risiko kemalangan. Walau bagaimanapun, orang kita memang lebih “pakar” dengan menidakkan risiko ini atas keperluan diri semata-mata.

9. Di Jepun, walaupun kereta mereka dan lebuh raya mereka maju, tetapi rakyat masih mematuhi had laju yang ditetapkan. Malah tidak pula sampai 100km/j. Lebuh raya lebar sekalipun, masih 90km/j. Hampir kebanyakan negara mempunyai had kelajuan pemanduan sekitar 110-120. Tetapi bagi saya cukup lah sekadar 110 yang sedia ada ini kerana jika kita tambah 300km/j sekalipun, belum tentu sebilangan kita mengatakannya sudah cukup. tetangga kita di Indonesia pun sekadar 100 km/j. Usahlah kita merujuk negara Jerman yang kononnya tidak mempunyai had kelajuan pemanduan tetapi kerajaan mereka menyarankan untuk tidak melebihi 130km/j.

10. Bagi saya, semuanya bergantung kepada sikap kita dan kepercayaan kita. Kita perlu percaya bahawa memandu dengan relax dan enjoy alam sekeliling lebih baik dari terkejar-kejar destinasi. Jika itu yang dipegang insyaAllah kita tidak akan merasa terburu-buru untuk memandu dan dengannya kita tidak perlu gusar dengan AES.

11. Kurikulum Pemanduan di lebuhraya (3 lorong) juga menyarankan lorong di sebelah kiri sekali adalah untuk pemanduan perlahan, lorong tengah untuk memandu laju dan memotong, dan lorong paling kanan adalah untuk memotong. Walau bagaimanapun kesemua pemanduan tersebut tertalkuk pada had laju yang dibenarkan pada sesuatu tempat.

12. Selain sikap kita, pihak kerajaan perlu menggiatkan jaringan rel seluruh negara. Negara seperti Jepun, korea, Amerika dan Britain, mendahului dalam pembangunan jaringan rel. Kesilapan negara kita kerana mendahului jaringan kenderaan bermotor daripada kenderaan rel dan akibatnya rakyat lebih menggunakan kenderaan bermotor. Hasilnya mereka menggunakan penilaian sendiri untuk memandu. Sebaliknya sekira jaringan rel diperkenalan sejak dulu, rakyat lebih bergantung kepada pengangkutan awam dan tiada isu rakyat mahu membawa kenderaan sendiri.

13. justeru, kerajaan perlu terus giat dan menjadikan agenda pengangkutan awam di bandar atau antara bandar khususnya sepanjang jaringan pantai barat dalam perancangan pembangunan bandar. Sebarang bandar baru yang dibangunkan perlulah dirancang dengan pengankutan berrel dan dihubungkan dengan jaringan rel lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s