Bukit Gambang Resort City

1. Cuti sekolah sahaja mampu menyediakan ruang masa untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Lain-lain masa, sudah tentu kerja dan Adia bersekolah.

2. Kali ini berkesempatan ke Bukit Gambang Resort City. Khususnya ke Bukit Gambang Water Park.

3. Asalnya, isteri saya ada family day di Terengganu. Cadangan kami, sebelum ke Terengganu, kami berseronok terlebih dahulu di Pahang, memandangkan jarak perjalanan jauh.

4. Sayang sekali, manusia merancang, Allah juga menentukan. Family Day pejabat isteri saya dibatalkan. Jadi kami terpaksa meneruskan perancangan hanya berlibur di Bukit Gambang.

5. Anak-anak saya sangat teruja. Tambahan pula mereka ini jarang dibawa keluar dari KL.

6. Di sana kami menyewa bilik di Caribbean Bay. Bilik besar juga. OK. Makanan so so sahaja.

7. Main focus hanya pada Water Park sahaja. Di sana kena cepat-cepat pergi. Dalam jam 9 sudah terpacak kerana orang ramai beratur. Kemudian pastikan sewa pondok untuk keselesaan. Sewa pondok dengan harga RM35.

8. Kalau guest hotel kadang kala pakej sekali dengan tiket Water Park. Pastikan tukar di kaunter khusus supaya tak beratur panjang.

10. Kalau dah masuk, dapat free piza dan minuman. Kalau nak beli tambahan kena beli dalam water park. Makanan luar dah tentulah mereka tak bagi masuk. Untuk beli boleh top up nilai duit pada tag masa masuk.

11. Anak saya pusing main ombak di Coco land, kemudian kat panguin island main gelungsur air.  Hampir 4 jam main air. Balik bilik masing-masing sun burn. Cantik sangat hidung dengan pipi masing-masing warna merah.

12. Malam itu saya dapat mesej video daripada Adia menerusi iPad isteri saya. “Papa, Best betul tadi”

13. saya senyum dengan hati senang kerana anak-anak gembira dengan percutian ini.

2 thoughts on “Bukit Gambang Resort City

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s