Yuna – Album Yuna [Review]

Yuna – CD

Dah lama nak tulis tentang Yuna tapi tertangguh. Alasan sibuk. Macam penting sangatkan buat ulasan ni?😉

OK. Mana hendak mula? Apa kata cerita pasal mula ikuti Yuna. Capture nama Yuna ketika berada di Jepun. Browse internet nama Yuna sebab Jepun banyak nama Yuna terutamanya ada penyanyi mainstream Jepun Yuna Ito yang saya dan anak suka. Selain itu, di Jepun ada rival figure skating athlete dengan seorang figure skating athlete dari Korea, nama dia Yuna Kim. Jadi masa di Jepun terjumpa 3 nama Yuna. Dari Jepun, kemudian Korea dan tak tersangka ada juga dari Malaysia. Pada ketika itu Yuna sudah pun naik nama sebagai penyanyi wanita mandiri (indie) di Malaysia. Tambahan mengikuti Juara Lagu. Saya terus suka dengan “Dan Sebenarnya”

Sekitar tahun lalu, saya mula mengikuti Yuna setelah EP Decoratenya dipasarkan. Dan saya memang tidak sabar bila album penuh Yuna dijadualkan keluar pada Musim Bunga 2012.

Kini, Yuna (self title album) telah membuka jalan buat Yuna di persada lebih luas dan saya mengikutinya.

Saya cuba mendapatkan album Yuna di iTunes (hanya $7.99) tetapi malang sekali iTunes tiada menjual di Malaysia. Sedih. Saya cuba di Amazon.

Bagi saya 13 lagu yang dimuatkan dalam album ini secara ringkasnya saya simpulkan sebagai koleksi merentas era 60an ke 90an. Setiap lagu mempunyai variasi tekstur yang sangat baik teradun dengan suara Yuna.

Kita mungkin tidak boleh membandingkan Yuna dengan dalam barisan vokal powerhouse tetapi ia masih ada power dalam kelompoknya iaitu kelompok vokal yang unik. Saya suka kelembutan suaranya seperti deru angin.

Saya mengemari kesemua lagu di dalamnya. Yang jelas identiti Yuna adalah lagunya yang simple dan liriknya yang puitis serta banyak menggunakan perlambangan. Yuna mengingatkan saya dengan Ikimonogakari, sebuah band di Jepun yang dianggotai oleh seorang vokalis wanita dan dua orang pemuzik. Lagu mereka ini seperti Yuna, penuh dengan lirik perlambangan dan mesej positif. Saya akan ulas beberapa lagu yang menjadi kegemaran saya.

Lullabies. Lagu pertama memang sangat perfect di track terawal. Saya rasa lagu ini sungguh misteri bunyinya. Kalau boleh saya samakan melodi lagu ini  seakan Someone out of town dalam EP Decorate. Walau bagaimana pun, susunan muzik lebih menjurus kepada style Massive Attack atau pun susunan muzik cover version Massive Attack oleh Madonna dalam lagu I Want You.

Fading Flower. Catchy. Anak saya suka lagu ini dan saya suka liriknya. Part paling best ialah pada verse ada “got that swager -er -er”, “such a glamor -or -or” dan “fading flower -er -er -er. Liriknya pun bagus sebab confidence level tinggi sungguh untuk attitude lagu ini.

Yuna – yuna

Planes dan Island adalah dua lagu kegemaran saya. Ia tipikal Yuna. Sangat canti terutama jika dalam bentuk akustik. Again. Lirik simple tapi cute. “I dont like planes but I love to fly” Sangat terkait dengan saya. Lirik Yuna memang superb kalau kita relate dgn jiwa kita. Itu kelebihan dia. Island pun best. Menggunakan pulau melambangkan orang yang kita suka. Kita cuba sedaya upaya bawa dia meneroka dan dalam masa sama berusaha membantu si dia dengan apa juga cara.

Decorate adalah lagu simple tetapi sangat menarik. Ia adalah extanded version dari EP Yuna sebelum ini. Ramai orang suka lagu ini kerana liriknya. Pada kali ini saya suka arrangementnya.

Live Your Live adalah single pertama. Saya rasa pembukaan dan pengenalan Yuna menggunakan single ini memang bertepatan. Susunan berasaskan Rhythm oleh Pharrel  memang sangat diketahui penggemar muzik malah secara kebetulan polar bunyi gendang pula bagai gendang Melayu memberi keunikan lagu ini.

Bad Idea. Saya pada mulanya tak berapa suka tetapi kemudiannya suka sebab part verse terakhir atau mungkin juga bridge yang melodinya macam nak satu nafas sahaja. Di situ macam ada vocal challange sedikit dan ada beberapa vocal style yang dicuba. Nice. I like it. Lagu See You Go pun ada cubaan yang sama. Tambah menarik lagu itu sungguh up beat dan 60s style.

Favorite Thing seperti susunan lagu 80s. tapi kena dengar lagu ini banyak kali baru OK. Kalau lagu Remember My Name saya tidak lah into sangat sebab dia agak folk dan mungkin ada sikit country style. Saya pun tak berapa nak dapat bezakan folk dan country. Mungkin secara natif Amerika mereka rasa ada beza folk dan country, tetapi kita mungkin rasa keduanya hampir sama.

Secara keseluruhan, saya boleh terima album ini. Saya juga rasa Yuna masih mengekalkan penulisan lagunya. Mungkin ada perbezaan dari segi susunan muzik tetapi identiti lagu Yuna tetap sama.

Melihatkan kepada keunikan Yuna dari segi penampilannya, genre muziknya malah yang paling menonjol adalah liriknya yang positif dan ceria, saya rasa peluang disenaraikan dalam Artis Baru Terbaik (Best New Artist) dalam Grammy 2013 agak cerah. Tambahan pula trend pemenang sejak kebelakangan ini kerap dipelopori singer-songwriter seperti Bon Iver (2012), Adele (2009), Amy Winehouse (2008), Norah Jones (2003) dan banyak lagi. Cuma Yuna perlu lebih bekerja keras untuk tampil dan promosi. Good Luck Yuna.

4 thoughts on “Yuna – Album Yuna [Review]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s