Maiko-ku

Japan : Flowers, originally uploaded by momoyama.

1. Maiko atau dunia lebih mengenalinya sebagai geisha mengingatkan saya tentang Kyoto. Suasananya klasik dan kehidupannya juga beranyam antara silam dan ritual Zen.

2. Hampir dua tahun lalu, pada bulan seperti ini, lazimnya kehidupan berkisar tentang Hina Matsuri atau Pesta Patung sempena sambuatan hari Kanak-kanak Perempuan pada 3 Mac. Pada ketika itu, saya sedang sibuk membungkus barang dan bersedia untuk pulang ke Malaysia.

3. Tiba-tiba saya rasa rindu dan ia bagai menerjah ke dahi saya bak air membasahi muka. Dilema di dalam hati saya bagai rambut kusut nan bersimpul. Ingin sekali saya melanjutkan pelajaran tetapi jiwa saya bertanya, di sini atau di sana.
4. Isteri juga mengusik saya, jika saya ke sana, dia juga akan mengambil peluang menyambung pelajaran juga. Dia terasa rugi kerana tidak melanjutkan pengajian semasa kami ke sana dulu.

5. Saya ingin tetapi, melihatkan anak-anak sudah mula senang dengan rutin harian dan persekolahan, saya mula berfikir-fikir. Apakah saya perlu menjadi manusia yang pentingkan diri atau saya lupakan hasrat ke sana demi anak-anak.

6. Saya akhirnya. Ya dengan muktamadnya berkata kepada diri saya, sambunglah pengajian di sini biarpun hajat melihat Maiko dengan keputihan mukanya serta luik lintuk jalannya perlu saya lupakan.

Advertisements

5 thoughts on “Maiko-ku

  1. Saya tengah buat degree in business administration..insyaAllah kalau ada rezeki saya nak buat master di sana.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s