Amah

Ihsan Layal KNG

1. Gambar di atas adalah imaginasi Pembantu Rumah atau Amah di Jepun. Kebanyakan siri animasi Jepun, punya rupa bentuk pakaiannya sebagitu. Mereka membayangkan Amah yang mesra manja dan seksi. Itu di Jepun.

2. Beberapa hari ini, orang bercakap tentang Amah Indonesia. Ia berpunca dari kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman yang menyatakan:

  • Bayaran gaji minimum adalah RM700
  • Hanya melakukan satu skop kerja sahaja. Contohnya, jika menjaga anak tidak dibenarkan membuat kerja rumah lain seperti memasak.
  • Dibayar RM27 sehari bagi kerja diluar waktu (Overtime)

3. Beberapa kenyataan keras kepada pegawai Malaysia yang merundingkan perkara ini dengan Indonesia menjadi sasaran tetapi Perdana Menteri dan Kerajaan telah menyatakan pendirian bahawa ia bukan MOU seperti yang dipersetujui dan menolak kenyataan oleh Dr Reyna Usman itu.

4. Pada saya, sekiranya benar Dr Reyna menyatakan perkara tersebut, saya berpandangan keputusan itu agak kurang realistik. Malah keputusan itu hanya membazirkan sumber tenaga.

5. Masakan seorang yang dibayar dengan RM700 dibenarkan tinggal di dalam rumah majikannya. Kemudian diberikan pula makan (mungkin ada juga tak tidak diberikan makan) dan mereka ini hanya menjaga anak. Sekiranya anak tidur, apakah mereka tidak bekerja atas nama pembantu rumah. Pembaziran tenaga dibayar dan tidak produktif untuk majikan.

6. Sekiranya itu berlaku, apakah pembantu rumah atau amah ini perlu membayar kembali duit sewa bilik kepada majikan? Jika ‘mereka’ terlalu berkira, saya fikir, kita juga perlu berkira dengan bayaran upah yang menjadi komitmen majikan. Pada saya, sekiranya RM700 itu dikuatkuasakan dengan satu skop tugas, Amah perlu mencari rumah mereka sendiri , datang bekerja seawal pagi dengan bayaran pengangkutan sendiri dan makan sendiri. Jika mahukan tempat tinggal dengan majikan dan makanan oleh majikan, mereka perlu memotong sebahagian daripada bayaran RM700 tersebut.

7. Saya amat hairan dengan kita semua. Apakah kita hanya ada satu pilihan sahaja. Jika mereka mendabik dada dengan pelbagai syarat, sebagai ‘pengguna’, kita punyai pilihan lain disekitar rantau ini. Kenapa perlu kita beria-ia dengan mereka.

8. Pada saat ini, saya memang tidak menggunakan perkhidmatan Amah ini. Saya khususnya tidak berasa selesa dan terasa hilang privacy saya jika ada Amah. Justeru, saya lebih suka untuk membuat kerja rumah sendiri. Mungkin agak penat tetapi kadang-kala saya meminta pertolongan anak agar mereka juga biasa membuat kerja rumah. Untuk menjaga anak, saya letakkan mereka di pusat jagaan kanak-kanak.

9. Jiran sebelah rumah saya, sudah 3 kali bertukar Amah. Pertama, Amahnya berkomplot dengan Amah sekitar taman perumahan saya untuk bergilir-gilir menjaga anak majikan yang pusatnya di rumah jiran saya. Kedua, Amahnya lari kerana tidak mahu menjaga bayi kecil. Dan yang ketiga, masih bekerja tetapi bayi tetap dihantar kepada orang lain. Justeru, saya berpandangan, biarlah saya bersusah sedikit tetapi tidak pening hanya kerana Amah.

10. Mungkin ada antara kalian merasakan sukar hidup kalian tanpa Amah seperti mahu menjaga orang tua, anak kecil atau menguruskan kain, pakaian dan makan minum anak. Pada saya, jika ada kerjasama suami isteri dan anak-anak, insyaAllah, kita boleh bekerjasama. Seperti kata ibu saya

“…orang lain boleh buat, kenapa  kita tak boleh buat?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s