c'est la vie

1. Kematian bukan penamat. ia adalah satu permulaan perjalanan yang panjang. Banyak kata-kata berkaitan mati yang ditakrif dan diisi dengan motivasi suapaya manusia itu tidak menyesali dengan kematian. Tidak takut akan kematian.

2. Saya tidak pasti tujuan kata-kata ini tetapi yang pasti sesuatu kejadian itu pasti ada kebaikan ciptaan. Penciptaan terhadap kematian itu bukan memutuskan antara dunia tetapi ia adalah kesinambungan. Malah pernah saya dengar kata-kata:

“Death… the last sleep? No the final awakening.”

3. Maka memang menjadi kepercayaan hampir semua manusia sebegitu, khususnya agama Semitik yang menjadi dua per tiga masyarakat dunia.

4. Kesedihan yang tercipta antaranya kerana penciptaan kematian. Apakah kata-kata perangsang ini cuba menguatkan manusia? Ini kerana manusia bersikap pemusnah dan kematian orang lain mampu memusnahkan diri manusia melainkan ada kepercayaan kuat tentang pegangan diri dan tuhan.

5. Kematian anak kecil tidak berdosa seperti nurul Nadhirah memang menyayat hati kita. Apatah lagi ibu yang mengandungnya selama 9 bulan dan 5 tahun melihat tumbesarannya.

6. Pun begitu, itulah ketentuan Tuhan yang menjadi pegangan kita agar kita dapat teguh dari melakukan perkara buruk hasil kesedihan yang tercipta dari penciptaan kematian.

“Sudah suratan”
“Allah lebih menyayangi”

7. Beberapa frasa yang menguatkan jiwa kita. Perkara yang kita terima pemergiannya. Jika tidak, kita akan bertindak dengan mengenepikan akal dan seterusnya mencipta kematian hasil daripada kesedihan.

8. Kemudiannya, tercetus pula kesedihan akibat kematian yang kita cipta. jika itu menjadi “circle”. Maka sudah tentu ia akan mematikan sesebuah masyarakat (manusia). Justeru, manusia perlu panduan dan panduan itu adalah buku garis panduan Agung (Al Quran) yang terpakai untuk semua bangsa. Kita boleh bersedih dan menangisi tetapi bukannya hilang mengasihi diri kerana meratapi.

It is foolish and wrong to mourn the men who died.
Rather we should thank God that such men lived.
-George S. Patton, Jr.