Fitnah

365:92 .. Rumour, originally uploaded by fwumpbungle (broomephoto).

1. Mendengar topik di Sinar FM pagi tadi dalam kereta ke pejabat. Tajuknya khabar angin dan impikasinya.

2. Ia mengingatkan saya kejadian yang berlaku terhadap saya.

3. Dulu, saya dan isteri saya (sebelum berelar isteri), bekerja di pejabat yang sama. Tapi hubungan kami tidak diketahui rakan sekerja.

4. Kami, khususnya saya mengambil jalan merahsiakannya kerana manusia memang tidak boleh ditutup mulutnya dan kita tidak mampu memuaskan hati semua.

5. Lagi pun di pejabat saya ada dua pasangan, satu menuar-uarkan hubungan mereka. Sepasang lagi, merahsiakan hubungan mereka, kecuali orang-orang tertentu yang mengetahuinya. Kedua-duanya ada mulut yang mengata.

6. Setelah hampir 6 bulan berkenalan kami bertunang dan tiada siapa tahu tentangnya.

7. Apabila saya bernikah pun, tiada siapa yang tahu. Kecuali sebulan selepas itu kami menghantar kad jemputan kenduri kahwin.

8. Oleh kerana jemputan kami bagi satu kejutan. Ramai yang tidak menyangka.

9. Paling menarik ialah berita yang isteri saya terima dari seorang rakannya yang memberitau perkahwinan kami ini telah dibuat secara tergesa-gesa kerana kami telah terlanjur.

10. Berita itu boleh dikatakan tersebar luas juga. Saya menepuk dahi dan isteri saya tahu siapa pencangnya.

11. Begitulah dunia akhir zaman. Fitnah akan berleluasa. Tambahan pula senario semasa, kita boleh lihat bukti-buktinya. Tambahan pula dengan adanya laman sosial yang memudahkan lagi penyebarannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s