Siakap Kukus Limau, originally uploaded by hairieusoff.

1. Bila isteri bersalin/melahirkan anak hampir sebulan lalu, saya menjadi seperti super daddy.

2. Penatnya Ya Allah sahaja yang tahu tapi sangat bangga dan berpuas hati.

3. Bayangkan, pagi kena buat srapan isteri + anak, kemudian, basuh baju dan sidai dan dalam masa yang sama dah sediakan bahan untuk masak tengahari. Itu pagi.

4. Kalau kena pergi kedai, kita juga yang buat. Beli bahan untuk masak tengahari.

5. Dalam jam 11 lebih dah kena masak untuk isteri supaya pastikan dia makan ikut jadual takut angin pula badan dan beri kesan kepada bayi yang mungkin kembung apabila minum susu badan.

6. Masak nasi dan dlauk dua mata. Masak lauk ikan selalunya saya buat ikan Merah, Ikan Siakap dan Bawal Putih. Itu sahaja ikan yang isteri saya boleh makan. Ikan Haruan buat juga tapi payah nak jumpa.

7. Kemudian masak sayur selalunya tumis air atau goreng dengan ikan bilis. Tak pun Kailan Ikan Masin. Kekadang anak-anak makan yang simple sahaja. Goreng Ikan kembung atau Mabong. Atau masak Kicap.

8. Dah selesai makan, kena kemas dapur dan meja makan. Basuh pinggan semua, baru boleh angkat kain. masa awal-awal memang kena lipat sebab isteri tak boleh duduk lama-lama. Bila dan masuk sebulan, boleh lah dia lipatkan.

9. Kadang kala-isteri hendak minum petang. Jadi, beri biskut dan air kopi. Sambil itu, sediakan juga bahan untuk masak di waktu malam.

10. Dalam jam 6.30 petang, dah mula masak suapa makan dalam jam 7 malam. Saya suka masak sayur kerabu pegaga. Arisa pun suka makan. Kalau main dish, saya masak ayam atau daging kicap atau lada hitam.

11. Jaga orang berpantang ni tidak penat jika kita tak keluar cari barang atau ada urusan di luar. Duduk di rumah dan buat kerja rumah tu, tumpu di situ sahaja kurang penat berbanding, kena masak-masak dan buat kerja rumah dan sambil tu kena pula keluar ada urusan di luar.

12. Apa pun, pengalaman menarik untuk para bapa untuk rasa.