SBPA vs Cuepacs

Saban hari membaca berkaitan SBPA di dada akhbar dan menonton di TV. Nampaknya Cuepacs mengaum begitu kuat.

Suka saya membaca blog ini dan penerangannya sangat mudah. Pun begitu, saya lihat orang Cuepacs seperti tidak betul-betul mendalami apa yang dihasratkan oleh SBPA. Mereka ini seperti menuruti golongan yang “Takut kerana salah”

Saya dapati ada ternampak JPA lebih “berahsia” untuk melancarkan skim perkhidmatan baru ini berbanding SSM dan SSB. Ini kerana JPA seperti kelihatan “makan  hati” dengan Cuepacs sebelum ini yang mengaum diluar menyatakan “tuntutan” meraka berjaya setiapkali ada sistem saraan baru yang dilancarkan.

Mungkin pada pandangan JPA, tuntutan yang diuar-uarkan oleh Cuepacs itu sememangnya telah dirancang oleh JPA. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Mungkin JPA tidak mahu mengulangi sejarah ini lagi. Justeru, SBPA merupakan perkara paling sulit pada kali ini.

Akhirnya ia menjadi “bising” khususnya Cuepacs yang merasakan diri mereka terpinggir. Dalam statement-statement Cuepacs beberapa waktu ini, mereka kesal dengan JPA kerana tidak memanggil mereka berunding.

Kini, beberapa siri pertemuan JPA dan Cuepacs selepas PM bersetuju menangguhkan penerimaan opsyen SBPA, kelihatan Cuepacs mendabik dada dengan kenyataan-kenyataan kejayaan “kerja” dan tuntutannya. Apakah kerja pokok Cuepacs hanya membuat tuntutan?

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

“Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

“Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah,” katanya – Utusan Malaysia 28 Disember 2011

PS- Mereka dengan acapkali menyatakan mereka mewakili 1.4 juta penjawat awam, walhal mereka lebih ternampak mewakili kumpulan Pelaksana. Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Cuepacs meminta gaji mereka ini dikaji semua kerana terlalu tinggi) dan Pengurusan  & Prosesional ini tiada apa-apa yang dilakukannya. Masakan mereka boleh mewakili 1.4 juta Penawat Awam.

gambar ihsan: blok budakhutan

Advertisements

One thought on “SBPA vs Cuepacs

  1. how to contact cuepacs?
    1. kumpulan pelaksana yang senior(yang dah capai gaji maksima 5 tahun lepas) dan dah lulus PTK 4 mendapat gaji yang sama dengan 10 tahun junior . Adakah ini patut? Peluang untuk naik pangkat adalah terlalu gelap kerana “lean government” dan jawatan JUSA adalah terlalu terhad. Kenaikan ke JUSA selalunya sebabkan oleh pengaruh politik.
    2. Anggota bawahan yang baru naik pangkat ke U54 adalah tidak berpengalaman dan sering perlu di beri bimbingan dan tunjuk ajar tapi gaji bersamaan dengan anggota yang hampir pencen. Tolong naikkan gaji pelaksana senior yang telah mencapai gaji maksima supaya tidak sama dengan yang baru nailk ke U54.
    Sekian:t.kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s