SBPA @ Saraan Baru Perkhdimatan Awam

Sejak bekerja dengan agensi sekarang yang sangat berkait rapat dengan Pekeliling dan hal ehwal saraan, pengumuman berkaitan SBPA atau Saraan Baru Perkhidmatan Awam memang perlu saya ambil perhatian.

KPPA atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah membuat sidang media pada 7 Disember 2011 berkaitan SBPA dan sehari selepas itu pula Pekeliling berkaitan SBPA telahpun keluar. Pekeliling Perkhidmatan Bill 11/2011 itu menerangkan perkara berkaitan SBPA dan dasar-dasar baru yang diperkenalkan termasuklah perkara yang amat dinantikan oleh Penjawat Awam iaitu Matagaji baru yang bakal dinikmati.

Berbalik kepada sistem saraan di dalam perkhidmatan awam, sebenarnya ia telah melewati pelbagai perubahan. di bawah adalah jadual evolusi saraan di Malaysia.

1 1919 Suruhanjaya Gaji Bucknil
2 1920 Subordinates Services Committee
3 1947 Suruhanjaya Gaji Trusted
4 1949 Suruhanjaya Gaji Cowgill
5 1950 Suruhanjaya Gaji Benham
6 1956 Suruhanjaya Gaji Bain
7 1962 Suruhangaji Gaji Watson
8 1967 Suruhanjaya Gaji DiRaja Suffian
9 1971 Suruhanjaya Gaji DiRaja Aziz
10 1972 Suruhanjaya Gaji DiRaja Azmi
11 1972 Suruhanjaya Gaji DiRaja Sheikh Abdullah
12 1973 Suruhanjaya Gaji DiRaja Harun
13 1975 Suruhanjaya Gaji DiRaja Ibrahim Ali
14 1976 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976
15 1992 Sistem Saraan Baru (SSB)
16 2002 Sistem Saraan Malaysia (SSM)
17 2012 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya tentang SBPA ini.:

  1. Pertamanya tentang mata gaji. Seperti yang dimaklumkan, gaji di dalam SBPA bukan penyelarasan daripada sistem sebelumnya iaitu SSM tetapi ia adalah jadual gaji yang baru. Sesuatu yang ditekankan oleh JPA berkenaan gaji baru ini, mereka menekankan keharmonian Perkhidmatan Awam dan justeru, mereka telah men”down grade”kan jadual gaji bagi kumpulan M atau Tadbir dan Diplomatik. Ini menjadikan jurang antara skim dapat dikecilkan.
  2. Di dalam SBPA akan ada tiga jenis gaji bagi empat kumpulan perkhidmatan:
    • Kumpulan premier,
    • Kumpulan Pengurusan Tertinggi,
    • Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
    • Kumpulan Pelaksana.
  3. Bagi Kumpulan Premier, mereka akan menggunakan kaedah gaji single point yang amat bergantung kepada pencapaian KPI. Begitu juga denganKumpulan Pengurusan Tertinggi yang juga menekankan prestasi melalui KPI untuk pergerakan gaji mengikut peratusan pencapaian KPI melalui tangga gaji Minimum Maksimum. Bagi Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana pula menggunakan gaji sebaris bagi menggantikan jadual gaji dua baris sebelum ini.
  4. Seperkara yang menarik. pada kali ini tiada elemen menegak melintang untuk pergerakan gaji. Bagi yang berjaya mencapai sasaran dan prestasi baik akan diberikan pergerakan gaji biasa. Jika tidak, tiada kenaikan atau pergerakan gaji.
  5. Satu perkara lagi ialah berkaitan Exit Policy atau dasar Pemisah yang lebih mudah alih. Menurut pemahaman saya, di dala SBPA, kita lebih mudah untuk bertukar skim. Sebagai contoh, jika kita dari skim perkhidmata Pegawai teknoloi Maklumat seperti saya, kemudiannya saya mahu mendapat pengalaman baru sebagai pensyarah, saya boleh mengekalkan atau meneruskan kiraan tempoh perkhidmatan di dalam skim baru (di dalam kes ini DGA). malah jika saya mahu berpindah semula skim, saya boleh berbuat demikian tanpa menjejaskan tempoh perkhidmatan sedia ada berbanding sebelum ini dimana saya perlu menamatkan dulu perkhdimatan saya di dalam skim F.
  6. Di dalam pekeliling juga menyatakan cadangan dasar bekerja dari rumah yang akan dinyatakan dalam pekeliling erasingan kelak.
  7. SBPA juga meruapan permulaan kepada PISA atau Pelan Induk Sektor Awam yang mana kajian berterusan dan penambahbaikan terhadap Saraan Perkhidmatan Awam akan dibuat selaras menjadikan Malaysia dengan Pendapatan Berkapita 15,000 menjelang 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai Negara berpendapatan Tinggi.
  8. Bagi Umur persaraan pula, kita boleh menerima opsyen dalam empat keadaan:
      • Menerima SBPA dan menerima umur persaraan 60 tahun.
      • Tidak Menerima SBPA dan menerima umur persaraan 60 tahun.
      • Menerima SBPA dan tidak menerima umur persaraan 60 tahun.
      • Tidak Menerima SBPA dan tidak menerima umur persaraan 60 tahun.
  9. Saya juga mengambil maklum bahawa bagi persaraan pilihan, syaratnya mestilah berumur 40 tahun ke atas dan mesti mempunyai tempoh perkhidmatan 10 tahun ke atas.
  10. Penilaian prestasi pula akan melibatkan pelabagai pihak, bukan sahaja penyelia akan menilai kita, tetapi rakan sekerja dan oran yang diselia oleh kita dengan wajaran  tertentu. Malah wajaran di bidang bidang berkaitan adalah berbeza mengikut bidang tugas. Seperti guru, wajaran dan item penilaian mungkin tidak sama dengan teknologi maklumat.
  11. Bagi beberapa skim perkhdimatan, ada jawatan yang dijumudkan dan diserap ke dalam jawatan lain, ini bertujuan menjadikan perkhidmatan awam lebih mantap dan bersesuaian dengan wujudkan perkhidmatan awam kejat atau lean public service.

Jika hendak diceritakan di sini, memang banyak dan sesuailah dibaca Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011 berkaitan SBPA. Saya mencadangkan memilih opsyen ini kerana jika memilih untuk kekal SSM, ada beberapa masih tertakluk seperti SBPA iaitu:

  • Penjumudan Skim Perkhidmatan.
  • Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.
  • Program Transformasi Minda.
  • Penilaian Prestasi.
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
  • Dasar Pemisah.
  • Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.
  • Kebolehalihan.
  • Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.
  • Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan.

Untuk maklumat lanjut dapatkan Pekeliling berkaitan di laman web JPA.

One thought on “SBPA @ Saraan Baru Perkhdimatan Awam

  1. setakat yang saya tahu, JPA hanya keluarkan Lampiran C iaitu berkaitan Jadual Gaji yang baru di pejabat atau Bahagian Sumber Manusia kementerian masing-masing. Ini bagi mengelakkan kesesakan di pelayan web di JPA. Jadi memang sukar untuk dapatkan softcopy dalam masa terdekat ini. Mungkin ada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s