SOP

1. Pening sunnguh kena buat SOP atau Standard Operating Procedures.

2. Di dalam Bahasa Malaysia, kata yang sesuai digunakan ialah Prosedur Operasi Standard atau Dewan Bahasa dna Pustakan (DBP) lebih menyarankan penggunaan Prosedur Kendalian Standard.

3. Baiklah,saya akan gunakan ProsedurOperasi Standar atau POS.

4. Di pejabat, saya dan seorang lagi rakan sedang bertungkus lumus menyediakan 5 dokumen POS berkaitan sistem integrasi.

5. Semalam pula, saya menghantar isteri pergi ke Hospital (HUKM) di Cheras untuk pemeriksaan kandungan. Jauh sungguh, dari Bandar Seri Putra, di rujuk ke HUKM.

6. Pada awalnya pemeriksaan kandungan gula terhadap isteri saya tidak perlu banyak kali tetapi ada sekali tu, gula didapati tinggi.

7. Kesnya kerana isteri saya pergi pemeriksaan tersebut lewat (dalam jam 9) tetapi mereka menganalisis darah dalam jam 11.

8. Jadi kandungan gula masih belum habis bertindak balas dengan insulin di dalam badan. Maka mencanaklah bacaan kandungan gula. Yang lain, datang awal dalam jam 8 pagi dan darah mereka lebih lama semasa sampel diambil.

9. Ini sangat berkait rapatlah dengan POS atau SOP. Jika peraturan asas ujian gula tidak dipatuhi, maka keputusan akan berbeza.

10 Oleh kerana kegagalan mereka mengikut POS/SOP itu, maka isteri saya perlu membuat BSP (Blood Sugar Profile) iaitu sepanjang hari, ada 4 kali ujian darah perlu dilakukan.

11. Tidak cukup dengan itu, isteri saya juga perlu ke HUKM untuk berjumpa dengan pakar diet untuk menerangkan soal diet. Kesannya juga kepada saya yang perlu membawa dia ke sana pada hari tertentu kerana doktor perlu ditemui melalui temujanji sahaja.

12. Kerana SOP tidak dituruti, ada orang-orang lain yang menangguh akibatnya. Ini peringatan buat saya. Bekerja dengan betul agar tidak menyusahkan orang lain mahupun diri sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s