Villagestay Kg Morten


Villagestay Kg Morten, originally uploaded by hairieusoff.

1. Pada Jumaat lepas, saya bekerja luar kawasan. Kena pergi IKWAS atau INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang, Johor.

2. Saya ambil kesempatan untuk bawa keluarga ke Melaka.

3. Kami menginap di Villagestay Kampung Morten. Konsep yang kerap dilakukan sekarang ini, menginap dengan suasana tradisi.

4. Biliknya selesa. Cantik. Rumahnya juga cantik, gaya kampung tradisi Melaka. Dekat dengan Sungai Melaka (depan rumah sahaja).


Sungai Melaka, originally uploaded by hairieusoff.

5. Tuan rumah, Kak Mariam juga sangat ramah dan baik.

6. Kadar bayaran termasuk makan pagi yang sedap terutamanya saya suka makan Nasi Lemak bungkusnya. Arisa sampai makan dua bungkus. (dia memang hantu Nasi Lemak).

7. Kedudukan rumah penginapan kami memang strategik. Berada berdekatan pintu gerbang Kampugn Morten dan berdekatan pancuran air tertulis nama Kampugn Morten.

8. Pagi, saya berkesempatan brisk walk dengan Adia sepanjang Sungai Melaka. Suasana pagi di pinggir sungai Melaka memang damai.


Dengan Tuan Rumah, originally uploaded by hairieusoff.

9. Malamnya pula, kita dapat lihat bot-bot persiaran melalui sungai Melaka.

10. Jika kalian mahu bersantai di Melaka dengan cara agak tradisi, silalah ke VillageStay Kg Morten.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s