All Your Love Siti Nurhaliza : Sebuah Inspirasi

Sudah hampir satu minggu saya mendengar All Your Love buah tangan berbahasa Inggeris julung-julung kali daripada Siti Nurhaliza. Sudah menjadi nyanyian kecil anak-anak saya keratan Remember You, kolaborasi Siti Nurhaliza dan Sean Kingston. Mungkin kerana lagu ini sangat catchy dan senang diulang-ulang baitnya terutama sekali “Yeah Yeah” dijadikan ritma pada awalan lagu. Remember You merupakan salah satu daripada dua lagu kolaborasi dan kedua-duanya kegemaran saya.

Sebuah lagu lagi berjudul I’ll Wait Forever menampilkan juga Christian Alexanda sebagai duet. Susunan lagu ini sarat elemen Asia walaupun asasnya menjurus R&B. Saya menggemarinya kerana bunyi-bunyi Gendang/Rebana di dalamnya sama seperti Shakira di dalam Gypsy dengan bunyi Tablanya walaupun berasaskan muzik Country. Sama juga seperti lagu Celine Dion di dalam Eyes On Me yang mempunyai bunyian seperti Sitar.

Ada dua buah lagu yang agar santai untuk didengari rentaknya iaitu Fight For Love dan Tonight yang saya anggap sebagai mirip-mirip dan larasan sususan muzik Celine Dion dalam I’m Alive dan Right In Front Of You.

Falling In Love bagai mengiakan Celine Dion menjadi rujukan Siti Nurhaliza sebagaimana judul Album Celine Dion, Falling Into You. Lagu ini merupakan single pertama yang telah mula diperdengarkan sejak Julai 2011 dan bentuk muzik agak setara dengan runut pertama di dalam album ini iaitu All Your Love.

All Over Again sangat menyenangkan telinga dan pastinya lagu ini sangat memberi inspirasi. Selain lagu ini Stand Up merupakan antara tiga lagu balada yang saya kira sangat emosi liriknya dan sangat memberi insipirasi. Saya berpandangan Siti menerusi album Inggerisnya cuba menginspirasikan pendengarnya sebagaimana Idolanya. Dan Stand Up merupakan lagu cinta pandang pertama saya di dalam album ini.

Lagu ballad lain seperti Nobody Else dan I Cry Out merupakan cubaan-cubaan mempelbagaikan persembahan julat suara Siti. Pun begitu saya rasa Siti telah mencuba sebaiknya cuma dia mampu membuat perkara ini lebih lagi. Mungkin kerana Siti memberikan lebih tumpuan pada sebutan bahasa Inggerisnya maka cubaan improvisasi dengan “jeritan” agak kurang. Menurut penulis lagu I Cry Out, Christian Alexanda, lagu itu ditulis berdasarkan perasaan tentang Raja Pop, Micheal Jackson dan mungkin terjemahan Siti berlainan dengan maksud asalnya. Pun begitu saya percaya Siti mampu memberikan lebih tenaga pada lagu ini apabila berada di pentas. Malah penerbit albumnya, Christian Alexanda mengakui kehebatan vokal Siti malah memberi pandangan di dala Twitternya agar Siti perlu menyanyikan lagu Adela, Rolling In The Deep dalam konsert.

Saya tidak mahu bercerita tentang nyanyian Inggerisnya kerana Siti telah acap kali bercakap tentang albumnya cuba menonjolkan Voice Of Asia. Sama seperti Celine Dion dan Shakira dimana pada awal kemunculan, mereka menyanyikan lagu bahasa Inggeris dengan lenggok sebutan bahasa masing-masing.

Secara keseluruhannya, saya menyukai album ini dan secara kebetulan semua lagu yang saya suka dibuat mixing dan mastering di Los Angeles dan bukannya di Australia😉. Saya boleh katakan album ini merupakan album ditunjangi inspirasi. Siti cuba memberikan inspirasi kepada setiap pendengarnya sebagaimana idolanya, Celine Dion memberikan inspirasi kepadanya. Satu percubaan yang baik dan sebaiknya disokong. Sebuah album yang sangat emosi dan penuh semangat. Sebuah album dreamy yet inspired.

2 thoughts on “All Your Love Siti Nurhaliza : Sebuah Inspirasi

  1. Best Album ni.. saje menjelajah blog tengok ulasan sal album ni.. jupe blog ni.. pastu teringat HE ni pernah tulis pasl Lentera Timur kat Jepun.. ke salah blog ni.. haha… apa beza album Siti yg kat Jepun ngan Malaysia.. teringin gak nk 1 versi jepun sbg koleksi…;p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s