Ratu SK Bandar Seri Putra

1. Ahad minggu lepas berlangsungnya Hari Kantin SK Bandar Seri Putra.

2. Adia sejak awal lagi sudah mengajak kami untuk ke Hari Kantin dengan membeli kupon.

3. Tidak sangka leh saya beberapa hari sebelum itu saya mendapat SMS dari guru kelas Adia menyatakan Adia mahu menyertai pertandingan Pakaian Beragam dengan tema baju tradisional antarabangsa.

4. Saya membalas dengan segera dan bersetuju. Dia sudah membayar yuran penyertaan menggunakan kupon yang dibeli rupanya.

5. Jumaat adalah hari saringan untuk memilih peserta akhir sewaktu Hari Kantin pada hari Ahad.

6. Saya dan isteri memakaikan Yukata Adia yang kami telah beli semasa di Jepun dulu. Pakai ala kadar sahaja. Solekan pudar dan aksesori pun ala kadar.

7. Mungkin kerana Adia sahaja berbaju Jepun, maka Adia masuk ke final dengan 24 pelajar yang lain.

8. Kata cikgu Adia merupakan top 5 kerana kurang aksesori. Malam itu Adia buka youtube dan tengok catwalk Miss Universe. Memang sebelum ini dia terasa teruja melihat Miss Angola menang Miss Universe sebabnya Adia kata Miss Angola hitam pun boleh menang masakan pula Adia yang berwarna Brown.

9. Sabtu pagi, saya dan isteri pergi ke Mines, ada kedai jual alat solek dan sedikit aksesori Jepun. Beli payung dan terompah kerana terompah yang bersekali dengan Yukata tidak mua lagi. Kami sempat juga menjengah ibu bapa saya yang melawat adik di Shah Alam.

10. Esoknya, pagi-pagi lagi Adia sudah bangun. Dia teruja untuk beraksi di pentas. Aunty Nini datang awal ke rumah kerana nak tolong solekkan.

11. Sebelum itu, saya dan Aunty Nini ajar catwalk dan menari ala Maiko.

12. Di pentas, adia sungguhlah poise nya. di ikut setiap yang saya ajar tetapi tenyata keras. Suruh jadi macam Maiko, dia buat macam Ninja. Ganas!

13. Alhamdulillah keputusan keluar, Adia Miss SK Bandar Seri Putra 😉 Ambik Hadiah dari Guru Besar pun pose. Muka dia gembira dan bangga.

14. Mama Adia siap pesan kepada Adia, Dan dapat ni nombor satu, nanti periksa pun kena nombor satu lah. Ada senyum kemut.

Advertisements

One thought on “Ratu SK Bandar Seri Putra

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s