Peperiksaan Adia, originally uploaded by hairieusoff.

Kelimun I

1. Jumaat lalu saya berjumpa guru kelas Adia.

2. Kami ada sesi bertemu guru kelas dan ibu bapa. Hari melihat kad laporan prestasi murid. Report Card kata orang putihnya.

3. Satu persatu ibu bapa mengelimun guru kelas. Saya dan isteri bercuti semata-mata sama-sama berhimpun dengan ibu bapa lain dengan tujuan melihat prestasi anak dan bertanyakan masalah anak di sekolah.

4. Kata guru kelas Adia, dia selalu tidur di kelas. Terkejut juga saya mendengarnya tetapi laporan itu pasti saya perlu bertanya lanjut dengan Adia.

5. Prestasi pembelajaran Adia memuaskan. Alhamdulillah tidak terlalu teruk. semua mata pelajaran A kcuali Bahasa Arab yang mendapat B. Dia berada dikedudukan 13 dalam kelasnya.

6. Saya tidak begitu mengharapkan keputusan yang baik kerana Adia hanya mula belajar semua di Malaysia selepas kami pulang dari Jepun kecuali Bahasa Inggeris. Tambahan pula Bahasa Arab dan Jawi sememangnya baru sangat bermula.

Kelimun II

1. Adik beradik saya merancang untuk pulang ke kampung di Ipoh, namun akhirnya berkelimun di rumah saya kerana ibu bapa saya khutair kejadian buruk akibat Kelimunan Tidak Halal di ibu kota. Mereka menyuruh semua berhimpun di rumah saya.

2. Saya sedikit kebinggungan dengan suasana. Manusia-manusia seperti dalam lolongan dan sampukan. Status rakan-rakan yang ada di antaranya sungguh menyiat sekeping hati saya. Hilang sudah rasa hormat mereka. Saya tidak merujuk kepada sekumpulan puak tetapi manusia apa juga kepercayaannya, jika emosi terdorong diminda, pasti hilang susila.

3. Saya sangat percaya tindakan berkumpul dengan emosi pasti akan membawa bencana biarpun dijanjikan dengan keamanan. Berkumpul dan berarak dengan rasa insaf seperti sambutanMaulidul Rasul sahaja penamatnya dengan penyuraian aman.

4. Sebaliknya jika ada rasa dendam dan rasa tidak puas hati dibawa dalam satu perhimpunan, pastunya syaitan akan menerbitkan jejak kehancuran. justeru itu, tindakan terbaik adalah dengan bersabar dan bersatu hati atas nama Allah.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

5. Bukannya saya menidakkan apa yang cuba diusahakan. Walau bagaimanapun, dalam sesuatu tindakan, sebaiknya kita lebih matang dan memusatkan tindakan yang tidak melanggar hak orang lain seperti hak orang lain untuk berjalan dengan selamat, hak meneruskan perniagaan, hak untuk membawa anak bersiar-siar dan pelbagai hak orang lain. Walaupun nampak simple dan remeh tapi itu hakikat yang perlu kita akui dalam apa juga perjuangan kita tidak boleh menindas dan perlu berlaku adil.

6. Mungkin orang yang hendak kita tegur itu tidak berlaku adil tetapi ada banyak cara yang berhemah boleh kita lakukan. Yang pastinya kita dilarang mengaibkan individu tersebut.

Al-Hujurat, ayat 11

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamumenyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

7. Justeru, apa juga teguran dan pandangan perlulah dibut secara berhemah supaya yang ditegur tidak terasa dan yang menegur tidak terus-terusan merasa panas hati dan senang dibujuk oleh syaitan dan mengelincirkan diri mereka dalam perbuatan yang mengundang kemusnahan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Sabda Nabi s.a.w:

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

 

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

8. Usahlah kita merujuk contoh luar kerana ia mungkin hanya sesuai dengan mereka ataupun kaedah itu adalah cara kafir. Yang penting berarak di jalanan adalah sesuatu tanda yang telah dimaklumkan sejak dahulu.

(tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65🙂

Hadis yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

“ Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat.

1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai).
2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) .
3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Rasulullah juga bersabda:

“ Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)