Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

Arisa, originally uploaded by hairieusoff.

1. Bekesempatan ke Pantai Jeram untuk menikmati juadah laut di Restoran Aroma Ikan Bakar.

2. Biarpun restoran ikan bakar tetapi hanya Pari bakar yang kami jamah. Yang lainnya Ketam Cili, Udang Mentega, Ambal Halia dan Sotong Tepung.

3. Kami tiba lewat petang, Mentari menghampiri ufuk. Adia dan Arisa gembira mengekati gigi air kala laut surut.

4. Saya sangat puas hati dengan Ketam Cilinya. hampir 6 ekor saya jamh dan kemudiannya separuh paket Ambal.

Ketam Cili, originally uploaded by hairieusoff.

5. Pastinya kegemaran saya iaitu Udang Mentega atau Butter Prawn tidak saya tinggalkan.

6. Sayang sekali apabila mentari hampir jatuh ke horizon, awan berkumpul dan menidakkan pemandangan. Saya hampa.

7. Melihatkan mentari jatuh ke horizon bagai melihatkan diri sudah menghampiri waktu.

8. Banyak yang perlu diperbaiki. Khususnya saya melihat ceramah yang saya hadiri semalam di pejabat.

Udang Mentega, originally uploaded by hairieusoff.

9. Katanya, dalam dunia sekarang, kita banyak mengatakan orang lain salah, kita terlalu sombong dan mengatakan orang lain tidak betul, apakah diri kita benar-benar betul? Kata-kata kita di mulut mahupun di jari (tulisan-blog) dengan keangkuhan dan kesombongan itu….

10. Katanya lagi, sikap sombong itu adalah antara dua sifat yang hampir pasti menidakkan kita dari masuk ke Syurga.

2 thoughts on “Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram

    • kalau menghala ke Kuala Selangor, mendekati pekan Jeram, di sebelah kanan akan ada papan tanda ke pantai Jeram, ada juga papan tanda Aroma Ikan Bakar. Jika telah belok ke kanan simpang yang ada trafic light…jalan terus hingga ke pantai….nanti nampak dua restoran…pilih aroma ikan bakar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s