Gila Power

Power Crazy ’78, originally uploaded by Your Pal Dave.

1. Di Pejabat saya kisahnya. Politik pejabat.

2. Seperti biasa, macam pertentangan politik di luar sana, kejadian hampir sama berlaku dalam skala yang lebih kecil.

3. Di Pejabat saya, ada puak berpangkat A. Mereka ini sama gred. Kemudiannya, ada seorang pegawai (bukan puak tetapi dia seorang sahaja) lebih rendah grednya dari puak A yang dinamakan pegawai B.

4. Apa yang berlaku, ada kalangan gred di bawah puak A, iaitu Pegawai C, meletakkan kenderaannya di tempat yang dikhususkan kepada puak A.

5. Puak A tentulah marah. Maka kedengaran pula kes ini pada pengetahuan Pegawai B.

6. Memandangkan Pegawai B ini gred lebih rendah daripada Puak A, dia memang tidak diperuntukan parkir. Sebelum ini, dia memangku kerja pegawai atasnya, jadi parkir bos adalah parkir Pegawai B.

7. Semasa kejadian Pegawai C meletakkan kenderaan di kawasan parkir Puak A, ada isu ketidakpuasan hati dan akhirnya kes ini menyebabkan Puak A bertemu empat mata dan berbincang dengan Pegawai C.

8. Kejadian ini dihidu Pegawai B dan dia memang oportunis. Memandangkan pemangkuan kerja bos Pegawai B telah tamat kerana jawatan bosnya telah diisi, maka parkir bos Pegawai B tidak dapat digunakan oleh Pegawai B. Maka dia menggunakan kes ini untuk merombak parkir puak A untuk dikongsi bersama dengan Puak A dan puak gred rendah daripada Puak A.

9. Hebat sekali kerana kuasa yang ada pada pihak pengurusan berjaya diperolehinya. Pihak Pengurusan membenarkan parkir puak A dikongsi dan dengan itu Pegawai B mendapat parkir puak A.

10. Puak A terasa terpinggir tetapi itulah resmi bila berpolitik. Tiadak akan ada situasi menang-menang walaupun asalnya parkir itu milik puak A.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s