Adia merajuk, originally uploaded by hairieusoff.

Orang susah, mereka tidak memilih makanan. Mereka makan saja.

Kata saya kepada anak sulung saya kerana dia sangat cerewet tentang makan.

Kadang kala rasa geram kerana di dalam kepalanya ada pilihan makanannya sendiri walaupun saya cuba beri makanan yang suka sebelum ini.

Oleh kerana dia sangat cerewet, saya tidak berganjak dari pendirian saya apabila makanan yang telah saya hidang untuknya dia mengeluh.

Cerewet sangat. Nanti Papa bagi makan nasi dengan garam saja macam orang susah.

Adia terpaku dan diam.

Rupa-rupanya dia melempiaskan perasaan di Wall Facebook saya.

Saya kagum dan dalam masa yang sama terkesima. Inilah dia Generasi Z yang pastinya saya lalui dalam menguruskan pendidikannya.

Ah! Saya sangat perlukan kehebatan dalam skil keibubapaan saya.