AFAmosa Resort – Perhimpunan Keluarga

AFAmosa Water Park, originally uploaded by hairieusoff.

1. Cuti Persekolahan anak saya kali ini telah saya rancang bersama perhimpunan keluarga saya.

2. Sebelumnya kami bercadang ke Sabah, tetapi hajat tak kesampaian kerana kesibukan masing-masing dan pada waktu itu bukan cuti persekolahan.

3. Kami ke A’Famosa Resort Melaka. Tumpuan utama adalah Taman Tema Airnya.

4. Di sana kami menyewa sebuah apartmen dengan tiga bilik dan dua bilik air. Agak besar dan sesuai untuk himpunan ahli keluarga.

5. Perjalanan memang sekejap dari rumah saya di Bdr Seri Putra ke susur keluar di Simpang Ampat berdekatan Alor Gajah. Pun begitu kesesakan hebat di Tol mengundang waktu menunggu hampir sejam.

6. Lelah tersebut selesai apabila melihatkan kedamainan sekitarnya.

7. Hari berikutnya adalah tujuan utama iaitu Taman Tema Air. Berendam dari pagi sehingga ke pertengahan petang. Masing-masing sudah membawa “sunburn” sebagai cenderamata.

8. Paling saya tidak sangka, ibu saya sangat kuat main air, tambahan pula cucu sealiran kaki berendam.

9. Habis jari kecut barulah semua ingat nak pulang. Saya, Abah dan isteri menjadi penunggu sahaja. Saya mandi pada awalnya tetapi lebih kepada mood santai pada hari itu. Mungkin agak letih semasa memandu.

10. Apa yang penting tautan keluarga dan kegirangan kami. Ini perlu dilakukan sekali lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s