XX Class 91, originally uploaded by hairieusoff.

1. Kenangan. Itu sahaja yang mampu saya gambarkan. Lebih nyata saya boleh simpulkan dalam bahasa Jepun, 懐かしい (dibaca: natsukashii) yang membawa maksud membawa kembali kenangan lama.

2. Pada awalnya saya hampir tidak jadi untuk hadir pertemuan semula dengan rakan-rakan lama di MC dulu. Kunjungan kali ini adalah sambutan ke 20 tahun dan kami rata-ratanya sudah menjengah umur 37 tahun. Tua sungguh kan?

3. Saya beli tiket bas pada hari khamis dan bertolak pada hari jumaat malam. Saya sampai di Kuala Kangsar sekitar jam 1.00 pagi. Rakan yang lain sudah bertolak jumaat siangnya kerana ada makan malam bersama guru sebelah malamnya. Saya memang tidak berkesempatan. Siang, pada pagi Sabtu, saya hanya kunjungi untuk bergambar kenangan dan melihat wajah-wajah kenangan.

4. Saya sebak di dalam hati. Saya pendamkan dalam-dalam rasa itu. Ada wajah-wajah semangat saya dahulu. Ada juga wajah-wajah pilu saya juga. Tapi kali ini, kita berhati dewasa dan kita berbicara secara dewasa.

5. Menginjak di Sekolah persediaan (Prep School), wajah masih sama, semangatnya juga masih sama. Saya pulang pada hari yang sama diiringi semangat itu. Semangat 20 tahun yang lalu.