>Nuklear Malaysia

>

Melur, originally uploaded by hairieusoff.

1. Imej nuklear di dalam sanubari kita tidak seindah bunga melur yang putih berseri seperti gambar di atas. Itu stigma kebanyakan manusia.

2. Wajah nuklear tambah buruk dengan hiasan sejarah menerusi pertalian kekejaman kesan pengeboman bandar Hisroshima dan Nagasaki lewat Perang Dunia Kedua.

3. Tidak kurang kejelekannya bertambah dalam kasta terbawah lantaran insiden-insiden logi nuklear seperti Three Miles Island di Amerika, seterusnya Chernobyl di Ukraine dan terkini adalah himpitan dari kejadian di logi Dai-Ichi Fukushima, Jepun.

4. Ini adalah bayangan-bayangan kesan yang dibawa oleh nuklear dan logi nuklear. Tidak kurang hebatnya di negara kita juga pernah mengalami kegusaran yang sama apabila masalah sisa radioaktif di logi Bukit Merah Rare Earth yang beroperasi di Lahat Perak mendapat tentangan penduduk setempat dan dibuktikan pengurusan sisa radioaktif itu sangat buruk dan menyumbang kepada radiasi yang tinggi. Kesannya penduduk memenangi kes di mahkamah dan membawa kepada penutupan logi tersebut.

5. Bagai tidak mempelajari sejarah, cadangan membina logi nuklear bagi tujuan tenaga muncul pada awal 2010 yang lalu dimana Kerajaan melalui Majlis Perancangan Ekonomi Negara (MPEN) membenarkan Kementerian Tenaga, Telekomunikasi, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) mejayakan projek tersebut. Ironiya, Kementerian yang ditugaskan menggalas tugas mempromosikan Teknologi Hijau itu, dalam terang-terangan mewujudkan projek yang meninggikan risiko dan bahaya terhadap kehidupan manusia.

6. Kita tidak menolak teknologi tetapi, pada pandangan umum, masih banyak teknologi janaan tenaga boleh diterokai selain tenaga nuklear. Memandangkan Malaysia negara yang sentiasa panas dan lembap sepanjang tahun, sebaiknya Malaysia menguruskan teknologi solar untuk dikembangkan bagi penghasilan tenaga baru. Selain daripada itu, tenaga angin juga boleh digunapakai di kawasan  pantai timur yang secara relatifnya lebih berangin untuk menjana elektrik.

7. Perkara yang dikhuatiri sekiranya logi nuklear yang dicadangkan di Gebeng, Pahang itu adalah bagaimana kita boleh mendisiplinkan masyarakat pekerja kita secara ketat dalam mengurus logi nuklear. Walaupun HE tidak mahu berfikiran negatif, tetapi trend masyarakat kita yang bekerja sambil lewa, sangat dikhuatiri dalam menguruskan logi nuklear.

8. Bukan sahaja masalah disiplin pekerja, sebaliknya, perkara yang paling wajar kita ambil perhatian ialah bagaimana kita menguruskan sisa pepejal nuklear tersebut. Sehingga kini, HE difahamkan negara Jepun yang maju itu, masih mencari kaedah pelupusan sisa nuklear yang sesuai sejak pembinaan reaktor pertama pada tahun 1966. Jika salah percaturan, sisa tersebut bakal menyumbang radiasi yang tinggi dan ini akan memburukan aspek kesihatan rakyat. Malah terdapat juga kejadian-kejadian kebocoran sisa semasa proses pengurusan sisa nuklear.

9. Pastinya, pengendalian, pengurusan logi nuklear dan sisanya memerlukan penjagaan intensif, dan ini memerlukan kos. Kos pengendalian ini sudah tentu sangat tinggi. Di UK sahaja, kos pengurusannya mencecah 100bilion pounds. Kos sebegitu sewajarnya diambil alih dengan menguruskan sumber tenaga lain khususnya solar. Solar sememangnya memerlukan kos permulaan yang tinggi tetapi kos penyelenggaraannya lebih rendah berbanding sisa nuklear yang lebih berisiko dengan pencemaran radioaktif.

10. Harapan HE, kerajaan menghentikan sahaja usaha pembinaan logi/reaktor nuklear bagi sumber tenaga negara yang baru, sebaliknya terokai sumber tenaga baru dengan menginovasikan idea dan pemantapan teknologi hijau. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Advertisements

One thought on “>Nuklear Malaysia

  1. nuklear satu bidang yang unik,tak kenal maka tak cinta.
    Malaysia telah mempunyai 1 reaktor penyelidikan di Nuklear Malaysia,
    alhamdulillah selamat sehingga kini
    http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

    Reactor Triga Puspati(RTP)

    Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) the only nuclear research reactor in Malaysia. It came into operation in 1982 and reached its first criticality on 28 June 1982. TRIGA stands for Training, Research, Isotope Production and General Atomic.

    RTP is a pool type reactor, where the reactor core sits at the bottom of a 7-metre high aluminium tank and this is surrounded by a biological shield made of high density concrete. The reactor uses solid fuel elements in which the zirconium-hydride
    moderator is homogeneously combined with enriched uranium. Demineralised water acts both as coolant and neutron moderator, while graphite acts as a reflector.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s