>Nasi Lemak VS KKM

>

Nasi Lemak from Mamak, originally uploaded by laRuth.

1. Isk! Benarkah Nasi Lemak penyebab Obesiti?

2. Pertanyaan saya ini sangat memerlukan jawapan ini iaitu adakah kajian saintifik mengatakan Nasi Lemak merupakan satu-satunya penyebab Obesiti di Malaysia? Saya ulangi, satu-satunya penyebab. Saya sangat berharap Menteri Kesihatan menunjukkan kajian tersebut.

3. Saya melihat isu Nasi Lemak ini semacam ada keikanan (fishy). Kenapa agaknya Kementerian Kesihatan khususnya Menteri Kesihatan mengulangi Nasi Lemak sebagai punca ketidaksihatan Masyarakat Malaysia?

4. Saya perasan isu ini telah dibangkitkan sebelum ini apabila Kementerian yang sama menganjurkan Nasi Lemak dikategorikan sebagai Makanan Segera. Justeru ia adalah kalangan makanan yang tidak sihat. Nampak seperti usaha tersebut tidak berjaya, maka isu ini diulang pakai bagi menonjolkan keburukan Nasi Lemak sebagai penyebab obesiti pula.

5. Kenapa agaknya beliau tidak sarankan Nasi Ayam Hainan yang menggunakan air rebusan ayam, kulit ayam dan sup yang berminyak-minyak itu sebagai salah satu punca makanan yang tidak sihat dan makanan segera kera ia juga segera disediakan.

6. Kenapa pula Char Kuew Teaw juga bukan makanan segera dan makanan tidak sihat? kenapa Kuih Nyonya yang dijual seperti kuih Melayu itu tidak dikategorikan sebagai makanan tidak sihat?

7. Apakah selepas nasi lemak kelihatan sebagai makanan yang diterima ramai oleh semua golongan dan kaum di negara kita, ia mahu dilupuskan identitinya?

8. Apakah agenda tersembunyi larangan penjualan Nasi Lemak di sekolah? Apakah Sekolah SKJ juga telah dikuasai dengan Nasi Lemak, maka ada pihak-pihak tertentu mencanang untuk mengurangkan penembusannya?

9. Saya berharap, lebih banyak sebab yang munasabah tentang pengharaman ini sedangkan di sekolah, masa makan dan rehat anak-anak kita hanya sekitar 20 minit dan waktu makan yang lain hanya di rumah. Apakah sekolah penyebab mereka menjadi obes?

10. Jika isu nasi menjadi masalah kegemukan di malaysia, di Korea, mereka juga menjual Bibimbap, nasi dengan sayur-sayur dan daging. Di Jepun pula ibu-ibu menyediakan nasi kepal dengan inti pelbagai yang ditukar ganti seperti rumpai laut, isi ikan salmon dan buah umeboshi dan adakalanya dijual di kedai sebaneka untuk makan tengahari. Justeru, saya tidak melihat nasi sebagi isunya tetapi pengambilan dan jumlah sahaja yang perlu dikawal.

11. Jelas sekali, selain kawalan permakanan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang perlu ditekankan, obesiti juga berkait rapat dengan kehidupan sihat dan amalan bersenam. Kementerian Kesihatan sepatutnya menekankan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan bersenam. Perkara ini perlu bekerjasama dengan Kemneterian Pelajaran dan bukannya meminta Kementerian Pelajaran mengarahkan kantin sekolah mengawal Nasi Lemak.

12. Kepada Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan khususnya bahagian Kualiti Makanan, sila buat kajian saintifik tentang semua jenis makanan di Malaysia dan tentukan punca sebenar Obesiti di Malaysia? Apakah makanan sahaja sebabnya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s