>Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Orang Jepun

>

 

Emergency Bag, originally uploaded by hairieusoff.

1. Gambar beg di atas adalah sangat signifikan dengan bencana yang melewati kota Sendai, daerah Miyagi, Jepun.

2. Bencana berganda iaitu gempa dengan skala 8.9 dan tsunami yang pada ketika ini dikhutiri melibatkan kematian dan kehilangan sejumlah 1,000 orang.

3. Beg di atas, adalah beg kecemasan HE sekeluarga semasa tinggal di Jepun. Beg itu HE masih simpan untuk kecemasan di Malaysia. Ia mengandungi peralatan asas seperti sabun, lampu suluh, pisau pelbagai guna, tali, mancis, selimut, air dan makanan dalam tin.

4. Di Jepun, kami digalakkan menyediakan beg seperti ini. Malah, bukan sahaja persediaan seperti ini dituntut oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan mereka, malah kita digalakkan untuk pergi ke pusat latihan kecemasan untuk merasai simulasi kekuatan gempa dan diberikan latihan untuk menghadapi situasi bencana.

5. Gempa bumi yang berlaku di perairan berdekatan Sendai itu, sebenarnya merupakan penantian orang-orang Jepun. Semasa HE di sana, kami diulang siar dengan ramalan akan berlaku gempa besar di Jepun dalam tempoh dua tiga tahun.

6. Gempa bumi Tokai mempunyai sejarah pengulangan sekitar 100-150 tahun. Justeru, dalam tempoh sekarang sememangnya Jepun dalam persediaan menghadapi gempa paling besar dalam sejarah negara Jepun.

7. Malah mereka juga sering mencari jangkaan dan ramalan dari peramal terkenal seperti Juselino Nobulega. Mereka juga menyediakan laluan-laluan untuk mengalirkan ombak tsunami dan menyediakan bangunan yang tahan gempa.

8. Kebanyakan rumah di Jepun berasaskan kayu dan selalunya dinding dibaluti plywood. Ia sangat stabil dengan gerakan gempa bumi yang getarannya secara sisi tetapi apa yang berlaku di Sendai adalah gempa secara menegak.

9. Kejadian gempa dan tsunami di Jepun memperlihatkan bagaimana satu pengurusan bencana yang teratur dan cekap. Malah pendidikan kebencanaan terhadap rakyatnya sudah menjadi sebati. Bila kejadian seperti ini, mereka masih dapat mengawal diri. Mereka boleh beratur untuk mendapatkan barang makanan, petrol dan keperluan asas. Walaupun bekalan elektrik dicatu pada saat ini, mereka tetap mematuhi peraturan dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri. Ada di antara mereka membuat sedekah dan membantu pada yang menjadi mangsa tsunami. Ini adalah sikap dan pengurusan yang perlu dicontohi.

10. Teringat semasa di Jepun, aturan yang perlu dilakukan semasa berlakunya gempa. Kami diingatkan dan dilatih agar menutup gas, kemudian membuka pintu dan berada di tempat selamat iaitu berada di bawah meja. Mungkin kalian ada melihat footage semasa gempa bumi Sendai ini, ada rakyat Jepun yang duduk di bawah meja kerana itu adalah kedudukan selamat yang disarankan pihak berkuasa.

11. Kejadian seumpama ini sangat menginsafkan HE. Hampir setahun meninggalkan Jepun, rasa lega dan syukur dipanjatkan kepada Allah. Jika ia berlaku semasa HE di sana, sudah tentu HE akan panik, tambahan pula dalam masa yang sama sedang sibuk membuat persiapan pulang ke tanah air.

12. Alhamdulillah, kini HE di Malaysia. Bau, keadaan dan rasa boleh gapai di dalam sanubari. HE dapat membayangkan keperitan mereka di sana. Pun begitu HE tahu, mereka adalah manusia yang terkenal dengan ketabahan dan kuat dalam perjuangan. Ia sering menjadi perangsang buat HE. Perangsang untuk kekal bersemangat dalam apa juga situasi. Gambare. Banzai!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s