>Sepak Takraw Malaysia – Perlu Anjakan Paradima

>

My Abah Takraw, originally uploaded by hairieusoff.

Semasa Sepak Takraw memulakan cabaran di Sukan Asia 1990 di Beijing, Malaysia mampu berbangga kerana memagut pingat emas, baik dalam acara regu mahupun berkumpulan.

Dalam edisi berikutnya, kita mampu merangkul emas dalam acara regu di Hiroshima tetapi seterusnya kita memang dihantui badi servis kencang dengan jolokan servis kuda dan memastikan hanya pingat perak sahaja yang dibawa pulang.

Sukan Asia edisi Guangzhou lalu, masih mengekalkan rentak sama walaupun legenda dipanggil membawa cabaran.

Saya dibesarkan dalam suasana bersukan. Abah saya seorang pemain Sepak Takraw yang aktif mewakili sehingga peringkat negeri sewaktu dia muda. Emak saya pun pastinya hebat sebagai pemain badminton.

Saya pula sejak kecil sudah beradu didalam acara balapan, baik dalam acara pecut 100 dan 200 meter, saya juga menyertai acara lompat tinggi.

OK. saya bukan mahu bercerita tentang saya. Sebaliaknya saya mahu berbicara tentang Sepak Takraw yang pada saya jelas sangat bertakhta di takuk yang sama.

Kekalahan kita di Ghuangzhou telah membuahkan beberapa pendapat. Saranan Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail untuk mendapatkan khidmat perunding Thailand bagi membantu jurulatih negara mendapatkan teknik dan taktik baru dan tertentu dalam latihan dan corak permainan Sepak Takraw dibantah bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dermi Habib yang menyatakan tiada sebarang keperluan untuk mengambil orang Thailand sama ada bagi melatih atau menasihat jurulatih kita kecuali cuma membazirkan wang.

Pada saya, kejurulatihan kita mahupun orang-orang di dalam persatuan Sepak Takraw di Malaysia hanya membawa legasi dan warisan permainan ke pentas dunia. Mereka ini tidak langsung memikirkan inovasi permainan.

Bercakap tentang inovasi, ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh.

Pertamanyanya dari segi latihan. Saya melihat aspek latihan hanya menekankan teknik skil dan cara mematikan bola lawan. Mereka jarang diberikan penumpuan pada aspek kekuatan pada fizikal dan stamina.

Kita boleh lihat pemain kita agak gempal berbanding dengan pemain dari Thailand, apatahlagi Jepun. China dan Korea. Ketahanan dan stamina mereka mampu memberi saingan dalam sukan Asia pada masa ini tetapi sekiranya stamina dan skil mereka meningkat seperti kita, adakah kita mampu sampai ke perlawanan akhir?

Saya berpandangan sukan yang punya aksi akrobatik seperti Sepak Takraw perlu memiliki atlit yang berbadan sasa sebagaimana atlit gimnastik. Itu perlu ditingkatkan oleh kejurulatihan Sepak Takraw Malaysia.

Seperkara lagi ialah kasut. Saya kira Persatuan Sepak Takraw Malaysia perlu berinovasi dan mengkaji kesesuaian kasut bagi Sepak Takraw. Mereka perlu bekerjasama dengan Universiti untuk membuat kajian bagi menentukan keselesaan kasut dan menjadikan ia satu alat membantu atlit meningkatkan prestasi permainan.

Saya sebenarnya amat kasihan melihat jersi pasukan Sepak Takraw. Kerap kali mereka ini menyingsing lengan untuk membuat servis dan saya kira ia amat mengganggu penumpuan. Bukankah bagus jika jersi pasukan Sepak Takraw Malaysia diinovasikan dengan melakukan perubahan jersi tanpa lengan. Ini boleh mendapatkan pandangan pereka fesyen tersohor negara untuk mendapatkan keselesaan ketika bermain dan sekaligus menonjolkan imej skuad negara.

Jika mahu berbicara tentang Sepak Takraw, saya memang penuh dengan idea tetapi saya kira, mereka yang berada di dalam Persatuan Sepak Takraw Malaysia lebih arif dan faham. Pun begitu pandangan sisi oleh pemerhati luar pelu diambilkira. Usah terlalu bongkak dan merasa maruah anda tercabar. Sebaliknya mengakui kesilapan akan memungkinkan kita bergerak lebih cemerlang.

Tidak salah mengambil jurulatih atau perunding luar kerana kita perlu belajar dari mereka yang mempunyai rekod yang baik. Usah mendabik dada kerana sejarah silam sedangkan kita tidak memperbaikinya. Orang lain melakukan pelbagai pembaharuan dan kita tidak mahu mempelajarinya.

Semoga Sepak Takraw akan melangkah jauh tetapi ia perlukan perubahan. Bukan sahaja perubahan pada pemain tetapi yang lebih utama peneraju persatuan dan minda-minda mereka.

2 thoughts on “>Sepak Takraw Malaysia – Perlu Anjakan Paradima

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s