>Menyambut kepulangan Haji Yusoff dan Hajjah Jamaaiah

>

Fader n Mader Hajj 2010, originally uploaded by hairieusoff.

1. Rabu lepas, saya menanti kepulangan ayahbonda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mereka selesai menunaikan ibadah haji.

2. Jadual asal ketibaan adalah jam 8.40 malam (selasa) tetapi lewat menjadi 12.18 tengah malam (Rabu).

3. Saya dan adik beradik berkampung di KLIA sehingga hampir jam 1.00 pagi kerana menunggu beg dan kemunculan mereka di balai ketibaan.

4. Saya memang duduk di hadapan kerana hendak menarik troli. Adia pula ditugaskan memanggil “nenek!”. Orang lain mungkin memanggil “emak!” atau “ayah!”. Jadi panggilan “nenek!” akan membuatkan mak saya alert di kawasan kami.

5. Sekitar 1.10 pagi barulah nampak kelibat ayahbonda dan jeritan “nenek!” Adia menjadikannya sesuatu yang unik di situ dan membuatkan ayahbonda tahu di mana kami berada.

6. Saya dan adik beradik berpelukan dengan air mata berlinangan melepas rindu. Abah, kelihatan agak kurus dan cengkung. Memang hebat cabaran yang ditempuh Abah untuk melaksanakan haji ini.

7. Mak pula masih dengan batuk-batuknya, malah Abah juga sama dan kata Mak, semua orang pun sama.

8. Apapun mereka sudah sampai dan saya berasa sangat lega. Mereka dibawa ke rumah saya untuk berkampung seketika sebelum pulang ke Ipoh pada esok harinya. Namun begitu kerana mereka terlalu lelah dan penat, maka kami semua berasa, ada baiknya mereka berehat dahulu sehingga hujung minggu.

9. Sepanjang dua tiga hari di rumah saya, mereka banyak menghabiskan masa dengan tidur. Kepenatan memang terasa, tambahan pula proses pemeriksaan imigresen dan urusan berkaitannya sangat memenatkan. Di samping jadual pada penghujung Haji agak padat, mereka juga menempuh waktu-waktu menunggu yang menyiksakan.

10. Hari ini mereka pulang ke Ipoh. Saya menjadi rindu. Minggu depan insyaAllah saya pulang. Di fikiran, bila agaknya saya akan diseru dan dijemput menjadi tetamuNya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s