>Terima Seadanya

>

Pencil Vs Camera – 23, originally uploaded by Ben Heine.

1. HE kadang kala bertanya. Apakah ertinya frasa “menerima seadanya”? Saya suka memetik frasa ini dari sebuah puisi yang ditulis oleh sasterawan Amerika, J. Earl Evans dalam puisinya berjudul “Accept Me As I Am”.

2. Kata beliau bahawa:

Terimalah aku seadanya
Usah cuba merubah diriku
Cintaiku seadanya
Pasti kau lihat disebaliknya

3. Kalian boleh google dan mencari puisi ini untuk pembacaan seterusnya. Kalian juga boleh membaca nukilan Francis Duggan dengan tajuk yang sama.

4. Persoalannya. Apakah batas-batas yang perlu kita letak untuk menerima frasa ini? Apakah sewenang-wenangnya kita boleh berpegang kepada kata-kata ini.

5. Nampak macam remeh tetapi tidak mengapa sekali sekala kita cuba memusatkan pandangan kita dalam beberapa perkara yang jarang orang membicarakannya.

6. Kita mungkin akan menerima seseorang atas sebab kasih dan cinta tetapi saya ingin bertanya adakah semuanya kalian terima? Secara jujurnya, manusia itu tidak sempurna, maka pastinya ada ciri-ciri yang kita tidak terima tetapi kita bersikap toleransi.

7. Jadi, persoalannya ialah berapa darjah kemampuan sikap toleransi anda terhadap orang yang telah anda terima? 10 peratuskah 50 peratuskah atau 90 peratuskah?

8. HE berpandangan kita wajar menerima orang yang kita kasihi seadanya tetapi dalam masa yang sama orang yang kita kasihi juga perlu juga bertolaransi. itulah kerukunan yang perlu diwujudkan.

9. Seperkara lagi, apakah penerimaan seadanya itu perlu diterima bulat-bulat. Ada kalanya, kita tidak boleh menerima boleh bertoleransi langsung. Sebagai contoh, kita lihat lirik lagu dari Consolidated dengan judul “Accept Me For What I Am” yang jelas bercanggah dengan kehendak agama.

10. Kemudiannya, apa maksud “the learning process”? Adakah dengan seseorang itu mahu kita menerima dia seadanya maka dia tidak mahu mempelajari sesuatu untuk mengubah dirinya? Adakah dia mahu di takuk lama? Adakah kita akan bersalah sekiranya kita meminta orang yang dikasihi melakukan sesuatu yang dia anggap bukan dirinya?

11. Banyak perkara yang kita fikir dan akhirnya kita akan tetap dapat kepada satu kesimpulan iaitu BERSEDERHANA. Jika kita mahu menerima ada memberi, seharusnya kita perlu akan sikap sederhana. Usah kita dengan tulinya menerima atau memberi tetapi kita perlu juga menjadi waras dalam mempertahankan sesuatu perkara atas nama hak kita.

Penafian: tiada kena mengena dengan saya cuma cetusan ide

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s