>Ayahbonda: semoga menjadi tetamuNya yang dikasihi.

>

Ayahbonda sebelum berangkat, originally uploaded by hairieusoff.

1. Tatkala saya sedang sibuk menyediakan beberapa perkara berkaitan kerja, tambahan pula ada tugasan secara ad hoc, saya menerima SMS daripada ayahbonda yang kini berada di Makkah.

2. Tidak bekesempatan saya hendak bercerita di dalam blog ini perihal menghantar mereka di Tabung Haji Kelana Jaya.

3. Pada 8 Oktober 2010 yang lepas, saya menghantar kedua orang tua saya ke Tabung Haji Kelana Jaya. Saya pulang ke kampung, petang hari sebelumnya. Paginya pula terus ke Kelana Jaya kira-kira jam 11 pagi dan saya memandu dengan konsisten sekitar 110km/j bagi mendapatkan waktu Jumaat dalam jam 1.00 petang.

4. Selepas solat Jumaat, kawasan masih berada dalam suasana lengang dan belum dipenuhi dengan keluarga Jemaah Haji yang lain. Masa itu anak saya memang dapat bermain dengan luas. Kira-kira waktu mendekati jam 6.00 petang, suasana sudah sibuk. Adik beradik saya juga sudah sampai.

5. Sayang sekali semasa ayahbonda saya cuba menjengah beg pakaian dan melihat kawasan pendaftaran, mereka terus masuk dan kami belum sempat hendak berpelukan dan bersalam-salaman.

6. Tahu-tahu sahaja mereka sudah masuk dan tidak boleh kelar lagi. Ayah saya menelefon saya dan adik-adik sengan nada kecewa dan sedih. Walau bagaimanapun, saya berkata, ia adalah kehendak Allah yang mahu melancarkan urusan mereka. Bonda saya pula dalam suara teresak-esak kedengaran di sisi. Ia membuatkan adik saya menangis.

7. Itu kisah hampir 3 minggu yang lalu, kini setelah beberapa kali saya menghubungi ayahbonda di Madinah, saya menerima SMS daripada mereka yang bertanyakan tentang kesihatan kami. Saya memberitahu kami semua sihat dan meminta mereka agar menjaga kesihatan dan usah risau akan keadaan kami di sini. Mereka hanya perlu menumpukan urusan ibadah mereka. Di sini saya akan menjaga adik-adik saya dan cucu mereka.

8. Dua hari lepas pula, adik saya menerima bungkusan daripada mereka. Rupanya semasa di madinah, sudah banyak barang yang dibeli untuk diberikan kepada sahabat dan saudara mara di sini.

9. Semuanya di simpan di rumah saya. Hanya menunggu mereka pulang dan diagihkan.

10 Anak saya, Adia, sudah berkenan dengan barang yang dibeli oleh neneknya. Kata saya, sabar, kerana barang tersebut lebih cantik jika dia menerima daripada Tok Wan dan neneknya.

11. Dia berkerut muka bagai tidak bersetuju tetapi mengakui lebih rela menerima barang lebih cantik sifatnya. Yang perlu dialakukan hanya bersabar.

12. Saya pula, di benak hanya mahu menantikan mereka menjejakkan kaki di KLIA nanti. itu sahaja keinginan saya sekarang. Pada waktu itu pasti anak-anak saya juga teruja menanti. Sebuah penantian yang memang telah saya rasai penyiksaannya. Di fikiran saya berkata, inilah rasanya apabila ayahbonda merindu saya dan cucu-cucunya semasa saya di Jepun dahulu.

13. Semoga mereka pulang dengan selamat, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mengerjakan ibadah haji serta dikurniakan Allah dengan haji yang mabrur. Amin.

2 thoughts on “>Ayahbonda: semoga menjadi tetamuNya yang dikasihi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s